Followers

Wahad bin Munabbih meriwayatkan ketika nabi berdialog dengan iblis atas perintah Allah, Iblis menyatakan musuh-musuhnya di kalangan umat Nabi Muhammad terdiri dari 15 golongan:

1. Engkau sendiri (yakni Nabi Muhammad)
2. Raja-raja yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Saudagar yang jujur.
5. Ulamak yang khushuk.
6. Orang Islam yang suka menasihati orang.
7. Orang beriman yang pemurah.
8. Orang yang bersungguh-sungguh hatinya ketika meminta ampun.
9. Orang selalu menghindar dirinya dari sesuatu yang haram.
10. Orang yang selalu dalam keadaan berwuduk.
11. Orang yang selalu bersedekah.
12. Orang yang selalu berbuat baik kepada orang lain.
13. Orang yang tidak pernah menolak membantu orang yang membaca Al Quran.
14. Orang yang selalu membaca Al Quran.
15. Orang beriman yang mengerjakan solat tahajjud ketika orang lain nyenyak tidur.


Sahabat-Sahabat Iblis

1.Orang kaya yang sombong.
2.Peminum arak.
3.Hakim yang tidak adil.
4.Peniaga yang tidak jujur.
5.Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
6.Orang yang meringankan solat.
7.Orang yang memakan harta anak yatim.
8.Orang yang beramal kerana nama.
9.Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.
10.Penghasud dan pendengki bilamana orang lain mendapat kesenangan


Sabda Rasulullah SAW : “Puasa pada hari ‘Asyura aku mengharapkan dari Allah agar menghapuskan dosa pada tahun yang telah lalu.” ( H.R.Muslim).

Tips dari Kanjeng Pengeran Harya Tjakraningkrat dari buku bertajuk "Bethaljemur Addamakna".

Menurutnya setiap gerakan wanita ketika berjalan, melambangkan keperibadiannya.

1. Bila berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, bila berbohong, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir uang tanpa berpikir sebelum berbelanja. Padahal, uangnya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan lelaki.

2. Bila berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan temannya, namun, byk lelaki yang berusaha untuk menaklukan hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur.

3. Bila berjalan suka menunduk Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbicara dengan orang-orang yang dekat dengannya dan dpt dipercaya untuk menyimpan rahasianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berhasil menawan hatinya, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Bila berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatakannya, jika anda tidak mau mendengar dia bicara panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi selalu berselisih pendapat. Jangan heran jika wanita seperti ini hanya mau bicara dengan orang yang berpengetahuan luas.

5. Bila berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak perduli dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan dalam menyelesaikannya. Kerana sifatnya yang suka ambil gampangnya ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.

6. Bila berjalan badan tampak tegak Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mau urusan pribadinya dicampuri orang lain. Gaya bicaranya serius, menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, ia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang mandiri tanpa meninggalkan sifat-sifat romantisnya.

7. Bila berjalan seperti Jerapah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah ersinggung. Jadi, saat anda bicara dengannya cobalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, wanita ini mudah mengeluarkan air mata.

8. Bila berjalan sambil cengar-cengir, senyam-senyum tanpa alasan jelas ini wanita gila, agak kurang waras jgn didekati

9. Bila berjalan sambil nyanyi trus bawa kecrekan Berarti dia WARIA, bukan wanita asli..banyak pria yang takut padanya

10. Bila berjalan sambil sesekali memamerkan barisan gigi2nya yang putih HATI HATI dia belom di suntik rabies !

11. Bila berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah Mungkin dia syetan....lariiiiii......hahahhaha......

12. kalo ada wanita bisa jalan di air, wuah... itu pasti zhang zi yi! :p

13. Kalo ada wanita berambut panjang menutup muka dan keluar merangkak dari TV anda, maka itu Sadako. Avoid at all cost!

smber : blog.muxlim.com

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

antara wajah tersenyum & wajah yang 24jam serius, murung dan sebagainya..tentulah wajah yg sering tersenyum itu nampak lbh ceria dan berseri-seri bukan? wajah yg kedekut senyuman akan kelihatan lebi berusia dari usia yang sebenar...malah tidak ramai yg mahu mendekati kerana takut mungkin..bersyukurlah pada sesiapa yg telah dianugerahkan wajah yang sentiasa kelihatan "tersenyum" sekalipun tidak senyum pada saat & ketika itu..dan belajar2la menguntumkan senyuman bg sesiapa yang sukar untuk senum kerana kata orang "senyum itu penawar duka"...bahkan senyu juga mempunyai beberapa kelebihan menurut kajian sains...

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

* Sumber - majalah MIDI edisi Mei 2006



::: kenangan bersama barisan urusetia dan fasilitator Kem Serikandi Bestari :::

mujahid setia

majulah mujahid majulah
rapatkan ukhwah rapatkan
takkan goyah kami dengan mudah
kerna kami berukhwah

kuatkan dirimu kuatkan
teguhkan hatimu teguhkan
takkan pernah usai pertarungan
hingga ajalkan menjelang

buangkan rasa takut dan gentar
walau ujian datang melanda
kerna allah kan janjikan syurga
kamilah mujahid setia

...............................

mengharungi cabaran kepimpinan
kita adalah seorang pejuang
jujur dan ikhlas jadi pegangan
syiar islam akan kami julang

satu suara lambang kesatuan
ukhwah pemangkin hadapi cabaran
onak dan duri tak dihiraukan
tekad hati tetap pendirian

marilah kita bersatu
mewarisi perjuangan dulu
quran hadis pegangan yang satu
itulah pegangan ummatmu( ubah lirik kejap )
demi mencari keredhoaanMU
mati syahid yang kami rindu

takbir !!!


Photobucket

~ halwa telinga ~


 

Blogger Template | Created by Adam Every