Followers


Di sini
menusia menguruskan diri sendiri
mencari bekal masing-masing dari daerah kelahiran
dan dengan langkah berani mengharung
lautan gelombang di sini
yang sesekali ganas namun tidak kejam

Hidup di sini memang payah
terpaksa menempuh duri susah
melawan rasa kantuk
berlarian antara dewan kuliah
dan khutub khanah
sesekali langkah rasa ingin berhenti
namun mutiara masih belum lagi erat tergenggam di jari
selagi itu, roh dan semangat perlu terus diisi

Kekadang sulit sebenarnya
melawan rasa rindu
menentang rasa sendu
bila sesekali
desa kelahiran memanggil-manggil
untuk pulang
atau suara emak lembut gemersik
menyata rindu yang berputik

Aduhai para pejuang
langkah masih terlalu amat pangjang
kutiplah semangat di sepanjang titian
agar nanti mutiara bercahaya memancarkan seri
bayaran untuk susah dan duri
sepanjang di sini.

Warna Kerinduan


Kitakah yang tertewas
pada warna kerinduan
menatap sepi kelam senja
ketika lambaian mentari merah
mengucap salam perpisahan
nanti esok bertemu kembali
membicara rasa luka
melepaskan benak terpendam
pada lingkaran waktu
Kitakah sang pengutip
serpihan warna cinta
bertaburan dari sebuah epilog
impian semalam
ketanduasan kasih sejati
merentangi gurun perasaan
kemarau tanpa di airi
hujan ketabahan.

Fikirkan


Ya insan
Fikirkan sedalam mungkin apa arah hidupmu
Sematkan kedalam jiwa azam kental yang
jitu
Kerna hidup ini bukan untuk bersuka ria
Tetapi ada tujuan dan matlamat yang telah
tersedia untuk di terpa
Ya insan
Fikirkan apa tujuan hidupmu
Carilah didalam diri
Nescaya kau kan ketemui
Satu rahsia yang tak dapat untuk kau
taksirkan sendiri
Ya insan
Aku pun sedang mancari satu kehidupan
yang abadi
Tak sanggup hidup berkelumang dengan
dosa lagi
Kerna hidup ini tiada dua, tiganya lagi
Sampai ajal roh dan jasad takan bersatu lagi.

~ kEtUlUsAn HaTi ~

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku diduga
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah redhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Di dunia yang sarat godaan
Ku mohon dosaku diampunkan
Ingin bahagia, Dunia akhirat
Turunkan rahmat-Mu untukku

Yaa Allah redhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

SUATU hari ketika seorang hamba membuka sebuah buku yang membincangkan mengenai iman, tanpa disengaja tajuk taubat menjadi pilihannya. Hatinya bekerja keras untuk menghayati setiap perkataan yang dibaca dan akal berfikir kebenarannya.

Akhirnya dia berkata: “Alangkah jauhnya penyelewengan yang sudah aku lakukan selepas Allah memberi petunjuk kepadaku suatu masa dulu.” Tetapi dalam penyesalan itu muncul satu kesyukuran yang terbit daripada hidayah Allah, bahawa betapa beruntungnya dia mendapat kembali hakikat ilmu yang lama hilang daripada jiwanya.

Ada sedikit kebenaran pada perkataan sebahagian ahli makrifah yang bermaksud, ketika seseorang itu jatuh melakukan dosa, janganlah dia berputus asa dari rahmat Allah, tetapi bersyukurlah kerana daripada perlakuan dosa yang disedari itu, lahirlah penyesalan dan taubat.

Kerana dosa yang disedari ini manusia boleh mendekatkan diri dengan Allah. Dosa itu membuatnya menjadi hamba yang cepat bertaubat dan mengakui kelemahan diri di hadapan Allah. Lalu dia sentiasa berhati-hati dalam segala perbuatannya.

Berbanding dengan seseorang yang berasa tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa berasa dirinya betul, sungguh orang seperti ini bertambah jauh dirinya daripada Allah akibat kesombongan melampau atas nama ilmu dan amal.

Selepas menyedari keadaan seperti itu, barulah kita sedar betapa kita perlukan ilmu yang boleh membawa kepada kefahaman dan penghayatan sebenar mengenai diri kita, Allah dan tabiat dunia yang fana ini.

Hakikat ilmu itu, ia datang dan pergi, sehingga Rasulullah SAW pernah mengingatkan sahabat dengan satu perumpamaan yang bermaksud: “Ikatlah ilmu itu kerana ia terlalu cepat hilang berbanding unta yang terikat.

Maknanya setiap insan mesti menyediakan masa untuk hati dan akalnya berinteraksi dengan ilmu. Sesiapapun yang meninggalkan ilmu dalam masa satu hari saja boleh jadi dia akan mengalami gejala kelalaian hingga mungkin jatuh ke lembah kesesatan apabila hal ini berlanjutan sekian lama.

Matlamat manusia mencari ilmu ialah untuk mencapai satu keyakinan mengenai kebenaran, selepas yakin barulah timbul penghayatan yang membawa kepada ketundukan jiwa.

Ada orang berkata: “Tak payah bacalah, sebab kami sudah membaca dan mengetahui ilmu ini.” Memang benar kita sudah faham dan tahu hal itu tetapi apakah kita sudah mencapai penghayatan yang sempurna? Apakah boleh dipastikan ilmu itu sentiasa melekat di hati dan memacu diri untuk sentiasa merapatkan diri dengan Allah?

Seseorang pasti memahami perbezaan dirinya ketika dia sedang minat membaca atau ketika suka membuang masa. Tentulah berbeza keadaan jiwa dan perasaan orang yang suka menelaah, mengkaji dan membahas ilmu berbanding orang yang suka termenung dan mendengar hiburan.

Mungkin kita perlukan pendedahan tajuk ilmu yang sama pada masa tertentu, seperti saat kita sedih ditimpa musibah, tajuk sabar dan syukur adalah sesuai di kala itu. Jika rezeki bertambah atau naik pangkat, pendedahan mengenai alam akhirat mesti lebih difokuskan supaya diri tidak tenggelam dalam nikmat dan tipu daya dunia.

Apabila kurang nikmat ibadah, tidak khusyuk dan rasa keras hati eloklah ingat ilmu zuhud dan mengingati mati. Namun demikian, segala ilmu berpusat pada induknya iaitu al-Quran dan hadis. Barang siapa menginginkan kesempurnaan ilmu mestilah mendekatkan diri kepada keduanya..

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi al-Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan Kitab itulah Allah menunjukkan orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari gelap-gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya, dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Surah al-Maidah, ayat 15-16)

Bagaimana halnya dengan orang yang sudah mencapai darjat alim yang tinggi? Adakah perlu baginya membaca dan menuntut ilmu lagi selepas kedudukannya itu? Alangkah baiknya jawapan al-Imam Sufyan bin ‘Uyainah, ulama Tabi’in tersohor pada zamannya apabila ditanya hal ini: “Siapakah manusia yang paling berhajat kepada ilmu? Beliau berkata: Orang yang paling alim di kalangan mereka. Beliau ditanya lagi: Mengapa begitu? Dijawabnya: Kerana kesalahan orang yang alim dalam ilmunya lebih jahat dan teruk berbanding orang jahil.

Orang yang pandai membeza antara hak dan batil tetapi memilih yang batil kerana hawa nafsunya tentu amat besar dosa diperolehnya akibat melanggar larangan Allah. Bukan kerana jahil tetapi ‘terlalu cerdik’ sehinggakan akalnya mahu berdolak-dalih untuk menghalalkan apa yang nyata haram di sisi agama, semata-mata menurut hawa nafsu manusia.

Bukan setakat itu saja, dia pula mengajak orang lain melakukan jenayah sama atas nama kecerdikan dan kewarasan palsu. Jelaslah bahayanya orang alim melakukan kejahatan dengan jenayah ilmunya yang tidak dipraktikkan semata-mata kerana mahu mengikut hawa nafsu manusia.

Sungguh pelik, orang yang jauh dan mendalam ilmunya mengenai Allah tetapi sekelip mata boleh berpaling daripada-Nya. Mereka adalah orang yang mengenal kejahatan syaitan tetapi sebaliknya boleh terpedaya menjadi pengikut syaitan.

Mereka adalah orang yang mengenal tipu daya dunia tetapi rela menjadi hamba dunia yang hina. Di situlah letaknya kelemahan manusia, setinggi mana ilmu diperoleh namun jika hidayah Allah tidak bersamanya maka segala kefahaman agama dan penghayatan hakiki menjadi sia-sia. Dalam keghairahan menuntut ilmu, jangan lupa memohon petunjuk dan hidayah Allah supaya ilmu itu bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

Kerana ilmu yang sudah terpahat dalam ingatan dan hati sanubari tidak dijamin dapat kekal selamanya melainkan atas kuasa Allah. Adakalanya seseorang itu tidak mendapat hidayah daripada ilmu yang dituntutnya, belajar mengaji bertahun-tahun tetapi perangai tak berubah-ubah, akhlak dan ibadatnya masih seperti ketika dia tidak berilmu. Jadi untuk apa letih-letih mencari ilmu jika tiada penghayatan?

Ada pula orang yang belajar hanya setakat ilmu Taharah, selama bertahun-tahun diulang-ulang lagi tanpa ada peningkatan. Takkan nak main air saja, bila lagi masa untuk belajar sembahyang yang khusyuk, memahami doa yang dibaca, belajar tafsir al-Quran dan mengikuti al-Hadis? Akhirnya orang ini tak sampai pada tujuan sebenar kerana hampir tiada peningkatan iman yang ketara.

Al-Imam Ibnu Abdul Barri meriwayatkan daripada Abu Ghassan, katanya: “Kamu sentiasa menjadi alim selagi mana kamu tetap menuntut ilmu, apabila kamu merasa cukup maka sesungguhnya kamu telah menjadi jahil.”

Perjalanan mencapai reda Allah tiada penghujungnya. Bagaimana mungkin seseorang boleh berkata: “Telah cukup ilmuku dan telah baik amalanku.” Padahal perkataan itu umpama rantai yang mengikat kakinya ke bumi sehingga dia tidak akan sampai ke destinasi yang dijanjikan Tuhannya.

ETIKA BLOGGER


1. Memberi dan menyampaikan maklumat adalah kerja terpuji bagi membina dan membentuk minda para pembaca . Tetapi ianya mestilah dilakukan dengan penuh adab dan etika . Bertanggungjawab dengan tulisan dan amanah dalam meriwayat .


2. Pertama : Ikhlas , jujur dan suci niat dalam apa jua bentuk tulisan justeru ia diperhati dan dinilai oleh Allah swt sekalipun serapat mana bilik komputer kita dikunci

3. Kedua : Tulis dan riwayat perkara yang benar . Jangan berbohong atau berdusta . Menyembunyikan fakta sebenar dan menukilkan andaian yang penuh hasad dan dusta . Kerana dosa dan neraka juga boleh menerima seorang penulis blog sebagaimana pahala dan syurga juga boleh menerima mereka . Bergantung bagaimana mereka ber"blog" .

4. Ketiga : Berbahasa dan berbudi dalam tulisan tentunya menjadikan hasil karya kita lebih bermutu dan meyakinkan . Kebenaran akan ternoda dengan kalimah dan tulisan yang kesat atau celupar dan berbau fitnah .

5. Keempat : Tulisan yang bertanggungjawab ialah yang diketahui siapa penulisnya . Penulis misteri hanya meletakkan tulisannya setaraf surat layang yang tidak memiliki kredebiliti untuk dipercayai dan diyakini .

6. Kelima : Penulisan menggambarkan karektor penulis . Penampilan gaya dan cara penulisan yang tenang , ceria , jelas dan benar akan membawa pembaca merujuk kepada kehebatan peribadi penulis . Lantaran itu , menulislah dengan jiwa yang tenang dan nurani yang suci nescaya tulisan itu akan meresap dengan tenang ke segenap jiwa pembaca dan membawa ketenangan kepada semua .

7. Ramai penulis mutaakhir ini selain terjebak sebagai penulis upahan untuk menjuarai kepentingan tertentu , terdapat juga penulis picisan yang tidak punya matlamat dalam menulis kecuali menabur fitnah dan menyalakan api permusuhan . Mereka langsung tidak memiliki etika penulisan bahkan tiada juga adab dalam menulis .

8. Mereka menulis seolah - olah mereka bebas untuk berbuat apa sahaja tanpa memikirkan implikasi atau risiko yang bakal tercetus gara - gara tulisannya . Mereka hanya mementingkan diri sendiri untuk mencapai sebuah kepuasan yang tidak pasti benar atau salah . Penting bagi mereka ialah puas . Mereka tidak peduli kadang - kadang sahabat handai dan rakan taulan sendiri remuk rendam perasaan angkara tulisannya .

9. Hati - hatilah sahabat sekelian , dalam kita menulis di sana terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum kita publish sesuatu tulisan itu . Asasnya ialah bertanggungjawab terhadap tulisan tersebut dan ianya bertunjangkan kebenaran fakta dan nas .

10. Berjiwa besarlah justeru tulisan kita akan membentuk persepsi masyarakat terhadap apa jua isu yang kita bawa , jika tulisan yang kita paparkan adalah tulisan yang meyakinkan bukan menjengkelkan . Maka tulislah perkara yang baik nescaya kita akan dapat natijah yang baik .

Pun begitu , sabarlah ! terkadang tulisan yang baik dan benar ini akan diserang oleh musuh dan difitnah atau ditohmah kerana mereka tidak senang dengan kebenaran yang dibawa dan mereka cuba mengheret kita menjadi blogger seperti mereka yang penuh dengan hasad , fitnah , kata - kata kesat dan celupar serta sumpah seranah .

renungan bersama


"Aplikasi Computer Dalam Kehidupan Hiasi interface wajah dengan menundukkan pandangan. Jaga monitor pancaindera dengan perkakasan keimanan. Defrage ketulan hati dengan asuhan Al-Quran dan zikrullah. Scandisk amalan dengan uswatun hasanah. Clean up partition dosa² lama dengan taqarrub padaNYA... Scan virus hasutan iblis laknatullah dengan benteng iman dan keyakinan padaNYA. Refresh lah kecintaan hakiki padaNYA dengan segera dan selalu memohon keampunan NASUHA. Copy, Cut dan Paste akhlak mulia sahabat beriman. Restart lah kehidupan sementara yg seakan-akan temporary internet files yang sebelumnya dibelenggu cookies kejahatan dan noda. Clear history lama dalam recycle bin dunia... Ayuh... restartlah atau ctrl + alt + delete segala kegelapan.. "

KEHIDUPAN

KEHIDUPAN IALAH....

Kehidupan ialah peluang, manfaatkanlah ia...
Kehidupan ialah keindahan, kagumilah ia...
Kehidupan ialah kebahagiaan, nikmatilah ia...
Kehidupan ialah mimpi, jadikan ia kenyataan...
Kehidupan ialah cabaran, hadapilah ia...
Kehidupan ialah tanggungjawab, pikullah ia...
Kehidupan ialah permainan, bermainlah dengannya...
Kehidupan ialah janji, tepatilah ia...
Kehidupan ialah kesedihan, atasilah ia...
Kehidupan ialah lagu, nyanyikanlah ia...
Kehidupan ialah perjuangan, terimalah ia...
Kehidupan ialah tragedi, berdepanlah dengannya...
Kehidupan ialah pengembaraan, tempuhilah ia...
Kehidupan ialah tuah, ambillah ia...
Kehidupan ialah amat berharga, jangan musnahkannya...
Kehidupan ialah kehidupan, berjuanglah untuknya...

SEMOGA KEHIDUPAN INI BERADA DALAM KEREDHAAN ILLAHI..


PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang
benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Imam Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam
keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk be! rkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

Mencari sahabat pada waktu susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda
zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku
sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku
berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup
menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sukarnya mencari sahabat sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap
seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.

Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya.Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini
sahabat yang sejati.

Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang
mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh
daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang
menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Rosaknya keperibadian seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.

Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.
Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang
dapat membakar duri itu.

Menghormati orang lain

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati.
Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala.
Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

Menghadapi musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega,
jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.

Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.

Tipu daya manusia

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia
ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

Tempat menggantungkan harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah
orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan
selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.

Menjaga nama baik

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan
terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya
usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu
kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya
cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan
cinta setelah dicintai.

Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka
dijadikaan dosa2 terbayang di ruang mata..

Wassalam...


Photobucket

~ halwa telinga ~


 

Blogger Template | Created by Adam Every