Followers

test mandarin


SEJARAH TULISAN CINA

Menurut lagenda, tulisan Cina telah direka oleh Cangjie (c. 2650 SM), seorang bangsawan yang telah berkhidmat dengan Maharaja Huangdi. Pada suatu hari, Cangjie sedang memburu di Gunung Yangxu (kini Shanxi), dan terserempak dengan seekor penyu dan amat kagum dengan urat saraf yang terdapat di penyu tersebut. Dia mendapat ilham bahawa bentuk urat saraf itu mengandungi makna tersembunyi yang lojik dan disebabkan itu telah mempelajari mengenai haiwan-haiwan di dunia, susunan bentuk bumi dan tumbuhan dan bintang-bintang di langit. Daripada ini semua, dia berjaya menghasilkan sebuah sistem tulisan simbolik yang dipanggil zi (字) -- aksara Cina. Lagenda juga mengatakan bahawa pada hari tulisan Cina diciptakan, orang ramai telah mendengar makhluk jahat meraung dan hasil tanaman gugur ke tanah seperti hujan, menandakan kelahiran sebuah tamadun, untuk baik dan jahatnya.


Aksara Cina (Cina Tradisional: 漢字, Cina Ringkas: , pinyin: Hànzì) ialah sejenis tulisan logogram yang digunakan untuk menulis bahasa Cina, Jepun (Kanji), Korea (Hanja) dan pada suatu ketika dahulu, bahasa Vietnam (Hán Tự). Tulisan yang serupa sebelumnya dapat dijumpai sekitar 8000 tahun yang lalu dan sebuah sistem penulisan Cina yang lengkap telah dicipta sekitar 3500 tahun yang lalu di China, membuatnya salah satu cara penulisan yang tertua di dunia. Aksara Cina dikenali sebagai Hanzi dalam bahasa Cina.

Berlainan dengan jangkaan orang ramai, hanya 4% aksara Cina diperolehi dari piktograf (gambaran yang membawa maksud), dan selalunya, hubungan di antara kedua tidak jelas kepada pembaca masa kini; 95% aksara Cina yang lain adalah agregat logik dan piktofonetik, iaitu aksara yang mengandungi dua bahagian: bahagian pertama adalah untuk makna perkataan yang ingin disampaikan dan kedua adalah sebutan perkataan tersebut. Kebanyakkan perkataan Cina Mandarin mempunyai tiga atau lebih sukukata dan ini memerlukan lebih dari satu huruf untuk menulis. Bilangan huruf-huruf Cina yang terdapat dalam Kamus Kangxi adalah sekitar 47,035, walaupun kebanyakkan daripada mereka jarang digunakan dan sering merupakan perkataan dari zaman silam. Di China, kebolehan membaca dan menulis ditakrifkan sebagai seorang yang memahami sekitar 2000 huruf Cina.

Di dalam tradisi Cina, setiap aksara berpadan dengan satu sebutan sukukata tetapi sebutan akan bertukar menurut dialek yang berlainan. Hubungan longgar di antara sebutan fonetik dan sesebuah huruf itu membolehkan aksara Cina digunakan oleh berbagai keluarga bahasa yang berlainan.

Penggunaan dan cara menulis aksara Cina berbeza dengan setiap budaya yang berlainan. Sebagai contoh, negara China mula menggunakan Tulisan Cina Mudah pada 1956 tetapi Taiwan dan Hong Kong masih menggunakan Tulisan Cina Tradisional. Jepun mempunyai tulisan yang diringkaskan sendiri sejak 1946, sementara Korea menghadkan penggunaan aksara Cina dalam tulisannya. Vietnam telah menghentikan penggunaan huruf Cina dalam tulisannya dan kini menggunakan tulisan Rumi.

Aksara cina secara rasmi dikenali sebagai sinograf dan sistemnya sebagai sinografi. Bahasa-bahasa yang telah mengambil sistem sinografi ini dan juga kata-kata pinjimaan dari bahasa Cina dikenali sebagai bahasa sinoxenic, tidak kira jika mereka masih menggunakan penulisan Cina secara khusus pada masa sekarang atau tidak. Ungkapan sinoxenic ini tidak semestinya bermaksud apa-apa hubung kait genetik dengan bahasa Cina. Bahasa-bahasa sinoxenic utama di dunia secara umum dianggap sebagai bahasa Jepun, Korea dan Vietnam.

.................................................................*****...........................................................

notes kat atas ni silalah bace ye jika berkenan..
dapat dari mr.google...
jap lagi kol 3 ade test foreign language nih...
dah ready ke ek? hehe
time kuliah lecturer bagi lecture ter"nganga" je semua nya....
khusyuk sekhusyuk2 nye..
macam paham sesangat paham je kan..heheh
time nak test baru semua gelabah ye..(!_!)..
terutamanya tuan empunya blog ler nih..
pepun all da best 4 all linguist k...!



Redha dilanda masalah

Berapa orang di antara kita yang mampu redha sepenuh jiwanya dengan masalah yang menimpa dirinya??? Cuma sedikit bukan??? Kenapa sedikit bilangannya ??? kerana ramai yang menyumpah-nyumpah, mengeluh... bahkan menyalahkah Tuhan kerana membebankan dirinya dengan masalah. Tak habis dengan satu masalah, datang lagi satu masalah. Redha dilanda masalah akan menjadikan kita insan bersemangat tinggi.


Outomatically kita akan terbius dengan motiavsi..teteiba kan jadi bersemangat tinggi mahu keluar dari masalah. Usahlah sakit hati diberikan masalah yang tak pernah kita minta. Panjatkanlah doa sebanyaknya di samping sentiasa rajinkan diri berusaha menyelesaikan masalah. Akhirannya, kita akan berubah menjadi orang berhati tabah, bermotivasi serta befikiran positif.


naaaa...jika ini yang berlaku..siapa lagi yang beruntung jika bukan kita??? tiada lagi rasa gunda gulana menerpa jiwa bukan??? sooo kita mampu hidup bahagia..tenang hati dan jiwa..jadi, ayuh didik diri supaya sentiasa sabar dan redho dengan segala taqdir yang maha Esa.


“Maka berpegang teguhlah dengan apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang yang bersyukur.” (Al-A’raf: 144)

alhamdulillah...



alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah..akhirnya sampai juga di rumahku di "banana village", kupang baling kedah darul aman..ptg semalam ku rasakan seperti dah tak dapat balik..hati ni dah membentak2 & siket lagi nak memberontak..hehe...tp alhamdulillah..at last dapat jugak balik ke kampung tercinta nih..sebenarnya sibuk n takda cuti pun..tapi dah tak tertahan rasanya rindu ni..wajah mak,abang-abang..adik-adik asyik terbayang-bayang ja..

balik kali nih tumpang my abang + kak ipaq + my anak sedara pmpn yang cute mute hehe..jam 10.30pm malam tadi bertolak..dorang datang jemput kat my kolej...lame betol perjalanan sebab asyik berhenti-berhenti ja..the driver mengantok..so untuk keselamatan orang kata kenelah berhenti tido kejap ke ape ke kan..tol x? bila dah segar, perjalanan diteruskan dan lebih kurang dalam pukul 9.30am pagi baru sampai rumah...jauh betol..lebih kurang sebelas jam masa perjalanan..biasanya kalo balik dengan bas, cuma ambil masa 5-7 jam gitu je...tapi balik dengan kenderaan sendiri ini normalla kan gitu?


~ gambar hiasan ~

langkah kanan orang cakap..hehe..kebetulan hari ini, selang beberapa buah rumah dari rumah kitorang ada walimatul urus...alhamdulillah seorang lagi umat nabi Muhammad s.a.w selamat mendirikan masjid...sama-samalah kita doakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka ya...semoga bait muslim yang terbina nih diberkatiNYA...ehem2..kita-kita pulak bila lagi? hehe..xpa bagi mereka-meraka dulu ya..dah sampai jodoh kita nanti..masa tu akan tiba kan2? sabar dan teruskan berdoa...

balik ni tak lama sebenarnya..sekadar nak lepaskan rindu..insyaallah paling lewat hari isnin ciknujba akan bertolak balik semula ke perbukitan ilmu UKM yang merupakan tempat ciknujba studi sekarang..pejam celik pejam celik..tinggal sebulan je lagi jika diizinkan allah, ciknujba akan menamatkan pengajiaannya..ciknujba mohon doa dari teman-teman semua ya..doakan yang terbaik untuk ciknujba dan kawan-kawan yang seangkatan dengan ciknujba..ada yang sedih nak tinggalkan UKM, ada yang dah tak sabar-sabar lagi nak cabut..hehe..nak cabut tu jangan pulak suuzzhon tau..bukan bermakna dah tak sayang dengan UKM..tapi nak cabut untuk teruskan perjalanan di lapangan sebenar bersama masyarakat di luar sana pulak la..kan2? kalo kita pulun kat kampus..tapi kita abaikan masyarakat kat luar sana tu..tak der nilailah ye pe yang kita belajar kat kampus selama ni..setuju ke xsetuju? hehe..tak kira-tak kira, kene setuju jugak ye..hehe..so pelbagai pengalaman yang dah kita peroleh kan..moga allah mudahkan kita semua ya bila berdepan dengan dunia sebenar nanti yang pastinya menjanjikan 1001 cabaran buat kita semua..baik dari segi kerjaya dan sebagainya...moga allah mudahkan jalan-jalan kita selepas ini..ameen..

sooo now jam dah menunjukkan 11.40am, ciknujba nak stop disini dulu..sebab ciknujba nak pegi bersiap-siap tuk pegi walimah..bila dah dijemput ni kene pegi selagi kita mampu pegi..nanti ciknujba update lagi yer..maaf untuk update kali nih..rasa macam merepek-merepek lak ciknujba ni..hehe..pepun hope teman-teman semua terhibur n sedikit sebanyak baik secara langsung mahupun tidak peroleh kebaikan dari "merepek" ciknujba ni yer..hehe..

okay..sampai sini dulu..ciknujba mohon maaf atas kekhilafan diri..
jom pegi kenduri..

wassalamm

kemaafan

Benci akan wujudnya rasa ini
Walaupun ia sekadar bertandang di laman hati
apakah sebabnya kau menjelma lagi
Setelah lama menyepi

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang amat menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
bertahun-tahun itu tidaklah lama
termanggu aku seketika...
di pinggiran nostalgia


ah !sukarnya untuk memaafkan

sukarnya untuk melupakan

Dan entah kenapa tiba-tiba kini...
Kita dipertemukan semula
...di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh...
Walau di awalnya terasa susah sungguh!!!!

Firman Allah swt;
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”(al-Hujurat: 10)

Menurut Kamus Dewan edisi keII "Maaf" itu didefinisikan sebagai pembebasan daripada sebarang tuntutan kesalahan dan menurut Kamus Dewan edisi keIV kerelaan melepaskan atau membebas­kan seseorang daripada hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan.

manakala......

Para ulama pula telah menegaskan bahawa,

“Carilah 70 alasan untuk memaafkan sikap saudaramu. Jika hatimu masih tetap enggan menerimanya juga, maka kekerasan hatimu itu yang lebih patut disalahkan.”

Perkataan ‘maaf’ mempunyai azimatnya tersendiri kerana disebalik empat huruf (M.A.A.F) itu bisa mewujudkan kedamaian dan akhirnya mmapu menyambung kembali silaturrahim yang terputus akibat perbuatan yang disengajakan mahupun sebaliknya. Ambillah pengajaran dari kisah pembukaan kota Mekah oleh Nabi Muhammad saw, penaklukan kembali Baitul Maqdis oleh Salahuddin al-Ayubi terhadap tentera salib dan penaklukan Konstantinopel(Istanbul) oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Semua penduduk yang tidak berdosa tidak ditawani malah dilepaskan dengan bayaran pembebasan diri sahaja. Padahal sekian lama mereka menindas orang Islam. semua ini berlaku kerana benarlah kata2 bahawa "Islam itu indah"

kemaafan itu juga amat besar nilainya disisi Allah dan Islam. Bayangkan jika Allah itu tidak Maha Pemaaf, adakah terdapat belas kasihanNya terhadap hambanya yang yang melakukan dosa? Apakah nasib kita semua?? Setiap manusia itu umumnya melakukan kesalahan dalam sedar mahupun tidak sedar. Tidakkah semua hambaNya itu akan dicampak ke neraka? Ingatlah Allah itu Maha Pemaaf serta memiliki nama-nama yang baik dan kita seharusnya mengamalkan nilai ‘memaafkan’ dan ‘meminta maaf’ agar di antara kita semua tidak akan terjadinya perpecahan.

Tapi KeMaaFan itu BUKANlah juga pengubat hati yang terluka sebenarnya, kerana HATI yang terluka itu tetap akan terluka....memori duka itu tetapkan dikenang sampai bila-bila..

namun memaafkan itu PERLU & TETAP akan diuasahakan dengan harapan 1 masa LUKA itu akan sembuh jua & memori itu kian terpadam akhirnya !!

**** ikhlaskan hati ini dalam memberi kemaafan ya Allah****

**** lapangkan dada ini dalam menerima setiap kejadian yang telah tersurat sebagai ketetapan dalam pengembaraan hidup seorang insan ****

Pesanan dari seorang teman.."bayakkanlah menangis kerana khasyatullah, janganlah menangis kerana sunnatullah"

.:: N.U.J.B.A ::.

Rebut Hidayah Itu

setiap dari kita ada memori silam tersendiri..ada memori bahagia, ada memori duka..yang bahagia itu alhamdulillah..yang duka itu bukanlah satu tanda allah tidak menyayangi anda sebagai hambaNYA..diujinya kita dengan duka itu untuk mendekatkan diri kita denganNYA, barangkali kita alpa & DIA mengingatkan kita dengan melemparkan rasa duka di jiwa..insyallah hijrahla demi menggapai bahagia dariNYA..

....... peringatan bersama ........

"Kalau ada lintasan dihati kita untuk berhijrah daripada jiwa yang lalai kepada jiwa yang cintakan-Nya, maka bersegeralah melakukannya kerana percayalah bahawa itu adalah lintasan yang benar dari-Nya.

Ianya merupakan hidayah yang tidak akan datang selalu. Jarang-jarang sahaja ia singgah dihati. Biasanya, bila ia singgah, ia akan disertai dengan keyakinan yang kuat. Namun kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah Ta`ala akan tarik balik hidayah-Nya itu."

~ Taufiq dari-Nya bukan milik semua orang, dan bukan milik orang yang tidak tersedia ~

........... ibrah dari sahabat ..........

Umar al-Khattab pernah berkata,

“Tiada tempat yang telah kuisikan dengan kekufuran dan dosa pada zaman jahiliahku, melainkan semuanya. Aku telah isikan semula dengan keimanan dan amal soleh setelah keislamanku.”

pada awalnya, beliau adalah seorang musuh tegar umat islam dan penentang hebat rasulullah s.a.w..namun, hiikmah daripad satu peristiwa, beliau seolah-olah dilahirkan semula sebagi seorang insan baru dan telah menginfakkan dirinya di jalan islam. Malahan beliau menjadi salah seorang sahabat yang sangat dekat dengan rasulullah s.a.w.

setiap perubahan yang kita lakukan, allah mahu tahu dan allah maha menilai...lakukan perubahan itu, usah bertangguh !



Satu Cinta


Sentiasalah mengingati Allah dalam setiap saat kita berada di dunia ini, berusahalah mencari satu cinta, iaitu cinta Allah. Ingatlah, hanya cinta Allah yang mampu memberi ketenangan kepada kita, insyaAllah. Selamat menghayati lirik satu cinta ini dan semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada lirik ini.




------------------------*****------------------------

Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku...

Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku...

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya padaMu
Ku pasrahkan...

Oh Tuhan... selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

~ sumber: iluvislam.com ~

astaghfirullahala'zim...

........................****..........................

saat ni hati ni berasa amatlah terkilan dengan seorang insan...
yaAllah betapa beratnya ujian perasaan..
tidak tenang hati ini melayari kehidupan..
sudaku berusaha melupakan segala luka semalam..
namun diri ini bukanlah sekebal-kebal ciptaan..
yang mampu menangkis segala perasaan yang tidak menyenangkan..
kekadang tewas di tengah jalan...
kisah duka itu kian menerjah fikiran...
seakan-akan dilayangkan oleh angin sepanjang perjalanan..
hati ini pedih bagai dicucuk-cucuk duri di jalanan..
kekuatan iman menjadi sandaran...
tanpa bekalan sedikit iman...
tak mustahil aku tersasar di jalanan...
tanpa bekalan sedikit iman...
sudah lama kan kubalas dendam..
iman menyedarkanku bahawa itu bukanlah ajaran islam..
menyedarkan aku akan tipu daya syaitan..
mengingatkan aku akan kekuasaan Tuhan..
hmmm tetapi aku tetap insan biasa, lemah lagi hina...
rasa kecewa itu tetap menusuki jiwa...
kecewa dengan sikap manusia yang dianggap mulia...
kecewa dengan tindak tanduk manusia yang faqih bidang agamanya...
yaAllah engkau saja yang mengetahui apa yang telah terjadi...
tak mampu diterjemahkan sehingga kini...
ibarat...
"diluah mati emak,ditelan mati bapak"
ku sepikan diri dari membongkar segala rahsia hati...
demi menjaga hati, menghormati peribadi insan yang menyakiti...
aku rela...
teman-teman dicari menyuntik motivasi diri...

..........................****..........................

buat insan yang berkenaan...
amanlah dalam perjalanan kehidupan diiringi rahmat Tuhan...
kebahagiaan yang dirasai kini adalah sebaik-baik kurniaan..
hargai & syukurilah nikmat sedemikian..
"hati" yang dimiliki kini itu tidak pernah maklum akan zaman silam yang melakar 1001 sejarah hitam...
semoga saja Allah memberkati kalian...
semoga hati ini kembali aman...
kuat meneruskan perjalanan kehidupan yang belum pasti bagaimana pengakhirannya..
semoga segalanya baik dengan izin Tuhan...
berakhirnya pengembaraan insan dalam keimanan...

....hidup ini hanyalah persinggahan...

~ coretan ini ada hubungkaitnya dengan yang masih hidup, & tidak sekali dengan yang telah meninggal dunia ~


~ halwa telinga ~


 

Blogger Template | Created by Adam Every