Followers

kemaafan

Benci akan wujudnya rasa ini
Walaupun ia sekadar bertandang di laman hati
apakah sebabnya kau menjelma lagi
Setelah lama menyepi

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang amat menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
bertahun-tahun itu tidaklah lama
termanggu aku seketika...
di pinggiran nostalgia


ah !sukarnya untuk memaafkan

sukarnya untuk melupakan

Dan entah kenapa tiba-tiba kini...
Kita dipertemukan semula
...di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh...
Walau di awalnya terasa susah sungguh!!!!

Firman Allah swt;
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”(al-Hujurat: 10)

Menurut Kamus Dewan edisi keII "Maaf" itu didefinisikan sebagai pembebasan daripada sebarang tuntutan kesalahan dan menurut Kamus Dewan edisi keIV kerelaan melepaskan atau membebas­kan seseorang daripada hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan.

manakala......

Para ulama pula telah menegaskan bahawa,

“Carilah 70 alasan untuk memaafkan sikap saudaramu. Jika hatimu masih tetap enggan menerimanya juga, maka kekerasan hatimu itu yang lebih patut disalahkan.”

Perkataan ‘maaf’ mempunyai azimatnya tersendiri kerana disebalik empat huruf (M.A.A.F) itu bisa mewujudkan kedamaian dan akhirnya mmapu menyambung kembali silaturrahim yang terputus akibat perbuatan yang disengajakan mahupun sebaliknya. Ambillah pengajaran dari kisah pembukaan kota Mekah oleh Nabi Muhammad saw, penaklukan kembali Baitul Maqdis oleh Salahuddin al-Ayubi terhadap tentera salib dan penaklukan Konstantinopel(Istanbul) oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Semua penduduk yang tidak berdosa tidak ditawani malah dilepaskan dengan bayaran pembebasan diri sahaja. Padahal sekian lama mereka menindas orang Islam. semua ini berlaku kerana benarlah kata2 bahawa "Islam itu indah"

kemaafan itu juga amat besar nilainya disisi Allah dan Islam. Bayangkan jika Allah itu tidak Maha Pemaaf, adakah terdapat belas kasihanNya terhadap hambanya yang yang melakukan dosa? Apakah nasib kita semua?? Setiap manusia itu umumnya melakukan kesalahan dalam sedar mahupun tidak sedar. Tidakkah semua hambaNya itu akan dicampak ke neraka? Ingatlah Allah itu Maha Pemaaf serta memiliki nama-nama yang baik dan kita seharusnya mengamalkan nilai ‘memaafkan’ dan ‘meminta maaf’ agar di antara kita semua tidak akan terjadinya perpecahan.

Tapi KeMaaFan itu BUKANlah juga pengubat hati yang terluka sebenarnya, kerana HATI yang terluka itu tetap akan terluka....memori duka itu tetapkan dikenang sampai bila-bila..

namun memaafkan itu PERLU & TETAP akan diuasahakan dengan harapan 1 masa LUKA itu akan sembuh jua & memori itu kian terpadam akhirnya !!

**** ikhlaskan hati ini dalam memberi kemaafan ya Allah****

**** lapangkan dada ini dalam menerima setiap kejadian yang telah tersurat sebagai ketetapan dalam pengembaraan hidup seorang insan ****

Pesanan dari seorang teman.."bayakkanlah menangis kerana khasyatullah, janganlah menangis kerana sunnatullah"

.:: N.U.J.B.A ::.

0 Comments:

Post a Comment




Photobucket

~ halwa telinga ~


 

Blogger Template | Created by Adam Every