Followers

IKTIBAR SANG SEMUT


salam alaik sahabat-sahabat pengunjung man bicara nujba..alhamdulillah diberi kesempatan malam ni untuk saya meng"update" blog kesayangan ni..ermmm topik kali ni berkisar tentang keunikan alam ciptaan tuhan & isi-isinya..akan tetapi tidaklah banyak untuk saya sentuh dalam topik kaloi ni..cumelah sekadar ingin berkongsi tentang keunikan makhluk kecil ciptaan allah s.w.t..walaupun kecil namun sangatlah unik & menarik...kebetulan tadi semasa "Ummah Talk" ( majlis ilmu anjuran isiukm stp selasa stp mgu ), penceramah ada menyentuh tentang " SEMUT " & keajaiban ciptaannya..amat tertarik dengan kisah semut ini...kecil bukan sebarang kecil...kalau sahabat-sahabat ingin mengetahui dengan lebih lanjut cerita semut ini cubelah belek-belek kisahnyer dalam surah Al-naml...(^,~)v

Cubalah perhatikan sang semut, serangga bertubuh kecil yang sentiasa hidup dalam satu komuniti yang bersatu padu. Jika haiwan kecil ini muncul dalam jumlah yang banyak, pasti akan dapat menggawatkan manusia sehingga mereka terpaksa melakukan pelbagai cara untuk menghapuskannya..

Sikap rajin dan dedikasi Sang Semut sangat menarik untuk dikaji dan diteliti. Cubelah sahabat-sahabat perhatikan ketika Sang Semut mencari makanan, Si Kenit ini begitu tekun, gigih, malah cukup tabah meneroka kawasan yang ada sumber makanan.
Justeru jika dibandingkan dengan manusia yang diberikan akal, tubuh badan yang sihat, serta fizikal yang cergas, mengapa tidak kita mengambil iktibar daripada Sang Semut ini???? Sama-sama kita fikirkan...

Allah juga telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Orang yang hebat dan Berjaya cemerlang sememangnya selalu focus sama seperti semut yang sellau bersungguh-sungguh dalam usaha mereka.
Keadaan ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud,
“dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”
(Surah al-Najm, ayat 39)

Sehubungan dengan itu,hayati juga pesanan seorang tokoh Barat iaitu bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat, Charles Evans Hughes yang berkata, “orang tidak akan mati kerana bekerja kuat, mereka mati kerana pembaziran dan kecemasan”

Jadi. Apa lagi alasan kita untuk tidak bekerja kuat???? sekali lagi marilah sama-sama kita fikir-fikirkan...berbekalkan kesihatan,tenaga,kemampuan,kudrat yang allah kurniakan pada kita ini..ayuhlah sama-sama kita berusaha sedaya yang mampu untuk sama-smaa kita perbaiki segala kerja yang kit lakukan..
akhir kalam dari ana untuk kali ini, semoga allah merahmati kita semua & mempermudahkan segala urusan kita baik di dunia mahupun di akhirat sana..
wallahua'lam...

~ halwa telinga ~


 

Blogger Template | Created by Adam Every