Followers

ikhtilat...

Mungkin yang tergambar dalam pemikiran kita adalah ikhtilat antara lelaki dan wanita... Seringkali topik ini yang menjadi fokus apabila ia dibicarakan.

Ikhtilat..? ma huwal ma'na?

Ikthilat = Pergaulan

Namun, ikhtilat yang ingin ana bicarakan di sini bukanlah ikhtilat antara lelaki dan wanita, tetapi ikhtilat antara dua't dan mad'unya.

Menjadi dilema dua't yang masih inginkan tempat di dalam masyarakat...

Which is a must?

Yes.. a must!

Permainan hidup yang dimainkan di sini...

Yakhtalituna walaakin Yatamayyazun....
" Kita bergaul namun kita cukup berbeza"

Kita tidak berlakon apatah lagi bermain wayang kulit.

Kita disini ingin menunaikan tuntutan sahabat atas sahabat, kita di sini ingin menunjukkan wajah manis kepada teman sebagaimana nasihat Rasulullah saw, kita disini ingin agar merapatkan hubungan silaturahim dengan harapan moga ALLAH swt menjadikan kita hamba yang dicintainya...

Namun, kekangan dan cabaran yang besar timbul yang melibatkan soal prinsip Islam yang pernah dihayati dan ingin berusaha untuk diamalkan..Kadangkala prinsip 'tergoyah' pabila memikirkan usaha untuk dua't masuk dalam masyarakat? Betulkan?

Apa yang ingin kita bezakan disini? Pertuturan? Pandangan? atau Gerak Gaya?

Tidak hanya tidak.. adalah fikrah yang dibina... kesedaran selaku Khalifah yang menyedari hakikat dan tanggungjawab untuk memastikan Islam sampai kepada semua orang. Dengan penuh rasa kasih sayang untuk mereka sama-sama mendapat tempat di sisi ALLAH swt...

::: Alam Mahsyar :::

elepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar)
yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa
malaikat yg lain.Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal
dan akhirnya nyawanya sendiri.Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun
berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa
yang menjawab.Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya
“Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan
kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi
Maha Kekal Hidup, tidak mati.Selepas 40 tahun,Malaikat Israfil a.s.
dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2,lantas
seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama
anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.Semua manusia
dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka
(bagi yang banyak dosa).Ketika itu, ibu akan lupakan anak,
suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya,lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.Tiba-tiba langit yang tebal
pecah dengan bunyi yang dahsyat,lalu turunlah malaikat
sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut
melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka.Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar,
bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.Lalu mereka rasai
kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.
Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.
Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.Terdapat satu kolam
( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.
Orang bukan mukmin akan dihalau oeh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini
berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.
Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih
dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran
yang mengalir dari syurga.Semua makhluk berada bawah cahaya matahari
yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala.
Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s.,Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa
Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah
1000 tahun perjalanan.Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w.
ke hadrat Allah Ta’ala.Lalu diperkenankan doa baginda.Selepas itu,
terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati
semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah
langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat
yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil
bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan
jutaan malaikat di dalamnya.Ia dilingkungi embun yang menghijab
cahayanya yang sangat kuat.Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani
yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat
yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin
ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang
terletak dihadapan istana.Seluruh makhluk pun menundukkan kepala
kerana takut.Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah
kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher
pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil
untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.
Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara
pertumpahan darah.Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab
amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,
lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin
dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu
Neraca Timbangan.Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang
mempunyai lidah dan 2 daun.Daun yang bercahaya untuk menimbang
pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.Acara ini disaksikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan
pengikut masing-masing dihisab.Perkara pertama yang diminta ialah
Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak
ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.Ketika dihisab,
mulut manusia akan dipateri,tangan akan berkata-kata,kaki akan
menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan
diadili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat:

a. Meringankan penderitaan makhluk
di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.Para nabi
dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk
memberi syafaat kepada para pengikut mereka.Mereka ini berjumlah
70 000.Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang
lain.etelah berjaya dihisab,manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat.Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka.Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik,5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin,
menunggang binatang korban dan berjalan kaki.Ada yang tidak dapat
melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka,
lalu mereka jatuh ke dalamnya.Para malaikat berdiri di kanan dan kiri
sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.Setiap 1000 orang yang
meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya.
999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.

salam alaik...
Setelah membaca/membelek-belek sebuah buku yang bertajuk " Rahsia & Hikmah Menangis", tertarik hati ini untuk berkongsi sedikit sebanyak apa yang sy peroleh dr buku ini...ermm ya apabila disebut soal menangis ini, seringkali ia dikaitkan dengan hati & perasaan..kebiasaannya menangisnya seseorang itu sering dikaitkan dengan kesedihan,kedukaan,kelukaan, kekecewaan dan pelbagai lagi faktor-faktor negatif yang menyebabkan tumpahnya airmata seseorang yang bergelar insan...namun selain dr perasaan-perasaan itu, menangisnya seseorang itu juga boleh diinterpretasikan secara positif iaitu untuk menggambarkan rasa gembira, suka, terharu dan sebagainya...sungguh "menangis" ini mempunyai kuasa yang luar biasa, bisa melembutkan hati yang keras membatu, dalam masa yang sama juga boleh menjadi penguat semangat seseorang untuk bangun semula mengorak langkah dalam kehidupan yang penuh cabaran..menangis mampu menjadi motivasi @ terapi yang berkesan untuk dekatkan diri seorang hamba kepada penciptanya..misalnya menangis kerana penyesalan pastinya mendorong seseorang untuk taqarrub kepada Tuhannya...
ermm disebabkan menangis ini merupakan reaksi alami manusia yang berlaku akibat berbagai-bagai rangsangan luaran dan dalaman, maka lahirlah juga berbagai-bagai jenis tangisan...

berikut daalah perkongsian beberapa jenis tangisan & airmata yang dirasakan amtlah sinonim dengan kehidupan seorang insan yang memiliki hati & perasaan...

- airmata rindu ( syauq )
- airmata cinta ( i'syq )
- airmata perpisahan ( firaq )
- airmata penantian ( intizar )
- airmata kesedihan ( huzn )
- airmata penyesalan ( nadamah )
- airnata akibat ditinggalkan orang-orang yang sangat dicintai ( buka'ul faqidin )
- airmata dalam mengenang penderitaan kekasih allah
- airmata munajat & takut kepada allah
- airmata akibat jatuh & yerkena pukulan
airmata bayi yang berlaku akibat berbagai-bagai faktor
- airmata akibat rasa sakit yang x dapat ditahan
- airamata yang lahir dari pelbagai perasaan hati seperti suka, duka, sakit hati, tertekan, takut, sedih dll...
- airmata buaya @ tangisan pura-pura dll...

** bergantunglah kepada kita untuk memilih samada ingin menngis dengan tangisan bermutu atau sebaliknya...

::: tangisan tanda mengenali kebenaran :::

dalam surah al-Maidah ayat 83, Allah s.w.t telah berfirman:

" dan apabila mereka mendengar apa yang diturunan kepada Rasul (Muhammad),kamu lihat mata mereka mencucurkan airmata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui : seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-quran dan kenabian Muhammad s.a.w). " (al-maidah,83)

a'sif..hanya sekadar perkongsian dr seorang insan biasa..moga2 mendapat manfaat bersama..untuk maklumat lanjut, entum/na semua bolehla membaca buku " rahsia & hikmah menangis" hasil karangan Ahmad Zamakhsyari terbitan Jasmin Enterprise...
wallahua'lam....

Redhoi setiap ujian...





Redha
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Lagu: Syah Inteam & Salleh Brothers
Lirik: Lukman S
Susunan muzik: Along Exist

realiti subuh masa kini



Subuh.. Sayup-sayup kedengaran laungan azan tatkala hening pagi, laungan mengajak manusia untuk menunaikan solat itu sungguh merdu sekali. Namun, kemerduan suara itu seolah-olah mendodoikan aku yang sedang lena diulit mimpi. Aku sedar, aku dengar, aku tahu itu azan, laungan memanggilku menunaikan solat. Tapi, Dwi gabungan pakatan kejahatan, syaitan dan nafsu terlebih dahulu memekakkan telingaku, disumbatnya rongga telinga itu dengan bisikan-bisikan jijik, "Alangkah enaknya kalau kau teruskan tidurmu itu wahai manusia.. Tidurlah.. Kau penat bekerja disiang hari, berhempas pulas berusaha untuk mencari sesuap nasi.. Apa salahnya kau berehat sedikit?"



Biasa dengar alasan ini? Bukankah ini alasan kalian juga wahai saudaraku? Usah tipulah. Aku manusia. Kau juga manusia. Punyai kawan bernama syaitan.. Punyai hati bersalut nafsu. Tewas muslim itu pagi ini. Syaitan bukan setakat bertepuk tangan, bersorak, menari, berguling, ketawa meraikan kecemerlangan mereka. Usaha mereka membuahkan hasil. Muslim tadi kembali menarik kulit babi yang tadinya terselak sedikit. "Biarlah.. Aku penatlah hari ini.."
[tidurlah babyku..]

Disatu tempat yang lain, sayup-sayup kedengaran laungan azan tatkala hening pagi, laungan mengajak manusia untuk menunaikan solat itu sungguh merdu sekali. Kemerduan itu bagaikan hembusan yang amat kuat menerpa telingaku. Aku sedar, aku dengar, aku tahu itu azan, laungan memanggilku menunaikan solat. Lalu, aku bingkas bangkit. Digosok-gosok mata ini. Terkebil-kebil ke kiri. Terkebil-kebil ke kanan. Alhamdulillah. Syukur. Allah tiupkan roh ku kembali pada tubuhku. Lenguh rasanya badan ini. Sengal di sini. Sengal di sana. Penatnya seharian berkerja semalam masih tak hilang lagi. Pakatan tanpa senjata itu muncul lagi, Syaitan memulakan rutinnya seperti biasa. "Dah tahu penat tu tidur jelah. Rehatkan dirimu dulu wahai manusia. Badanmu lenguh, penatmu masih belum hilang lagi. Tidurlah dulu. Kemudian bangunlah semula." Arggghh! Nafsu tidurku membuas lagi. Mengantuknyaa. Biarlah. Aku impikan ganjaran 27 kali ganda itu. Aku impikan melalui titian sirat sepantas kilat. Telapak kaki ini mencecah ke lantai simen yang sejuk. Burrr. Dinginnya. Ahh. Pedulikan! Menujulah aku kerumah Allah yang satu.

Yang mana satu dikau wahai manusia? Pilihlah. Kita serupa. Punyai nafsu. Punyai kawan bernama syaitan. Tapi iman yang membezakan kita. Tinggi ke rendah?? Laratkah kita menjadi singa Allah yang mengaum sedangkan menghalang menguap pun tak mampu?? Sahabat2 seperjuangan, berapa byk nikmat Allah yg kita kecapi hari ini?? Demi Allah! Semuanya tidak terhitung! Apalah salahnya dkorbankan saat kelazatan tidur di kala subuh utk berjemaah?Ingat! Selangkah kita rapat padaNya seribu langkah Allah rapat pada kita. Allahu rabbi. la usyriku bihi ahada!

Pengertian
Album : Bukalah hatimu
Munsyid : Ideal
http://liriknasyid.com


Sinar cahaya
menuju perjalanan ini
tika mencari
ketenangan yang membawaku
ke penghujungnya
tiada pernah ku gambarkan
erti kedamaian
yang kian lama ku terlena
dalam kegelapan

di sudut hati
hanya Tuhan yang Maha Nengerti
aku berserah
segala kekusutan ini
hanya hidayah
memberi aku ketenangan
jua kesabaran
memberi aku keyakinan
dan ketaqwaan

pada yang Esa
ku pohon keampunan
atas segala dosa yang ku lalui
Kau Maha Pengasih
dan Maha Penyayang pada hambaMu..

meh baca meh...

kisah iman,nafsu dan diri kita


iman : Assalamualaikum.

Diri : Waalaikumussalam. Oh,encik iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. kamu cuti ke?

Iman : Apa pulak cuti bos. Saya kan diberikan cuti.

Diri :Oh ye,lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En.Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam-kabut lak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari itu, saya teringatkan kamu.

Iman : Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambik balik jawatan saya dari En.Nafsu?

Diri : Eh,tak boleh3x. Saya sayang sangat nak pecat en.nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya mengiburkan saya. (sambil tersenyum..)

Iman : Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.(dgn nada sedih)

Diri : Eh,jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu.(sambil merayu)

Iman : Tapi bos, kami tak mungkin boleh bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. Saya tengok En.Nafsu tu macam anti sangat je dengan saya.

Diri : Aduh, rasa serba salah la pulak saya.(keliru)

Iman : Macam ni la bos. Bos boleh pilih satu je. Bos perlu bermujahadah untuk pecat En.Nafsu, bos.

Diri : Saya tahu. Jauh dalam lubuk hati saya, saya amat memerlukan kamu, En. Iman. Rasa iri hati saya tengok syarikat sebelah ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En.Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku. En.Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan Solat, Puasa, Zikir, al-Qur’an dan apa-apa yang patut.

Iman : Alhamdulillah,syukur sangat. Nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak lagi bernas. Kalau bos teruskan prestasi cemerlang ni,saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah s.w.t) sebagai Muttaqin.

Pengajaran:
Kitalah bos kepada diri sendiri. Dan kitalah yang menguruskan semua tentang diri, makan, minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan iman kita (macam planner). Oleh itu, lakukanlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang dapat menyuburkan iman. Malahan, jangan sesekali ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.


Maksudnya: “ Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(Surah al-Baqarah 2: 148)

Dipetik: majalah solusi isu 13 (2009).

untukmu bakal Imamku...

Untukmu Bakal ‘Imam’ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini,
dirimu masih rahsia penciptamu..rahsia yang telah ditentukan untukku,
yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan
sujudku, cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku
ini….


Ketahuilah wahai mujahidku,Ketahui namamu tidak menjadi
idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu, Menggeletar diri ini apabila
terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih
tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang
andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita
menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami lindungi kami…

Biar
bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah
lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.Apalah ertinya
perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan
kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih
dari segala…

Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan
didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan
Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar
syahidmu ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar
padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan
menyambung perjuangan baba mereka.

Berikanku sepenuhnya
sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu
itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu
mujahid kita ke medan jihad, Mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri
ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya. Suamiku,
hatimu itu milik robbul jaleel, dan ku pohon sebagaian itu sebagai
semangatku wahai suamiku, Dari awal lagi sudah ku didik hati ini,
bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu
bukan milikku kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang
diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.

Wahai
suamiku, seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah
mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid.
Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang
kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan
melahirkan para mujahid…

Wahai suamiku, walau dimana jua
dirimu dan siapa jua dirimu yang psti bersama kita mendidik hati
mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan
yang tidak terkira dari rafiul a’la, bersamalah kita bersyukur,
bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia
ini…kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah
tidak kita balas, andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya
hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari
DIA Maha Esa…

Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita
labuhkan demi redhaNya…biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan
ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran
tahajjud dn istikharahy…InsyaAllah inilah pencarian kita…

~MeMoRi iTu~

Album : Kedamaian
Munsyid : Zulfan
http://liriknasyid.com


Tiap bertemu kan berpisah yang awal ada akhirnya
Itulah lumrah dunia ketetapan dari yang esa
Kenangan mengajar kita erti hubungan manusia
Tidak dapat dipisahkan dari rahmat pencipta

Sebuah memori yang tersingkap kembali
Kisah pertemuan kali pertana
Di dalam taman yang mengajar kita
Erti kehidupan penuh pancaroba

Di sini kita berjanji setia
Bersama menongkah awanan cita
Menanti jernih hujanan kejayaan
Berkat dai usaha doa tulus padanya

Tutur kata guru bagaikan azimat
Sering mendidik jiwa yang lemah ini
Ungkapan hikmahmu tinggi nilainya
Dan menjadi bekalan kami di hari muka

Oh temanku masih kau ingat
Susah senang harungi bersama
Pahit manis kita rasainya
Demi harapan kedua ibu bapa

Sendau gurau,senyum tangis sendu
Masih lagi segar di ingatan
Rindu hati ingin bersemuka
Setelah kita berpisah sekian lama

Kupanjatkan doa agar dipertemukan
Kerana kudratmu tiada batasan
Bertemu,berpisah hanya kerana Allah
Ukhuwah yang terbina anugerah darinya

Lirik :Fakhrul/ Mat Khir
Lagu Amir/ Isham

~Doa Buat Abah~

Wahai abahku, engkau telah kukafani dg sebungkus kafan, tp ku tidak tahu samada masihkah abah mengenakan kafan itu sekarang, esok & seterusnya…

Abahku, org2 alim mengatakan, bahawa semua hamba kelak akan ditanya ttg imannya. Di antara mereka ada yg bisa menjawab, dan ada jiga yang cuma membisu. Adakah abah nanti bisa menjawab, atau hanya membisu?

Abahku, org alim berkata, bhw kuburan itu bisa menjadi luas atau sempit. Bagaimanakah kuburan ayah, bertambah luaskah, atau menyempit?
Abahu, org alim juga berkata, bhw kain kafan org yg meninggal ada yg diganti dg kain kafan syurga & ada pula yg digantikannay dari neraka. Kain kafan darimana yg abah gunakan sekarang?

Abahku, org alim berkata, bhw kuburan itu merupakan sebahagian taman dari syurga, namun bisa juga berupa sebuah lubang dari neraka. Yg kupikirkan, bagaimana kuburan abahh sekarang? Taman syurgakah, atau lubang nerakakah ia?

Abahku, org alim berkata bahawa liang kubur bisa menghangati mayat dgn pelukan spt pelukan ibu kpd anaknya, tp bisa jg merupakan lilitan erat yg meremukkan tulang2 si mayat. Bagaimanakah keadaan tubuh abahh sekarang, pelukan manakah yg abah rasakan?

Abahku, org alim berkata, org yg dikebumikan itu ada yg menyesal mengapa dahulu semasa hidupnya tdk memperbanyak amalan bagus, tp malahan mengumbar maksiat. Yg kutanyakan pada abahh, apakah abah termasuk yg menyesal krn perbuatan maksiat, ataukah yg menyesal krn sedikitnya melakukan amal kebaikan?

Abahku, dahulu setiap aku memanggilmu tentu engkau menjawab. Tp kini engkau kupanggil-panggil namun tak lagi mau menjawabku. Engkau kini telah berpisah denganku dan tak bersua lagi sampai hari kiamat, kudoakan semoga Allah tidak menghalangi perjumpaanku denganmu abah

Abah..sewaktu hayatmu, akulah salah satu dr anakmu yg menjadi harapan & kebanggaanmu. Tinggi harapnmu untuk melihatku Berjaya & menjadi anak solehah serta cekal & tabah mengharungi kehidupan. Tp abah…anakmu saat ini sangat merasakan dirinya lemah & kerdil abah…xkuat rasanya untuk bangun & berdiri, langkah yg ku ayunkan juga terasa lemah..sesekali datang semangat baru, anakmu kembali kuat,sesakali yg lain apabila pelbagai ujian menerpa, anakmu ini sangat lemah…

Abahku, namun usah khuatir ya abah…berbekalkan sedikit semangat & kekuatan dlm diri anakmu ini, akanku cuba gagahi juga setipa liku2 kehidupan yg mencabar ini. Akanku ambil smgtmu & semangat mak yang kini tabah meneruskan hidupnya sbg abah & ibu dlm membesarkan km putera2 & puteri2mu..

Abah..kudoakan semoga allah mencucuri rahmat ke atas rohmu & menempatkanmu bersama orang2 beriman…semoga abah sentiasa tenang & aman di sana.

Amiinn….

gambar di atas ini hanyalah sekadar hiasan


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....

besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...


kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak

Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan


Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering
dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI....

sumber : topik kali ni merupakan salah satu topik perbincangan dari "muslimah group" yg ana join kat friendster..sekadar ingin berkongsi bersama sahabat2...renung2kanlah yer...teringat lak kat mak di kampung..pengorbanannya sebagai sorang wanita, isteri, ibu dan sebagainya...dah bertahun2 laksanakan amanah & tanggunggjawab sedemikian...allahuakbar..hebat kan ibu2 kita kan sahabat2...cuba kita renungkan sjenak bgaimana jika kita berada di tempat mereka..adakah mampu kita menjadi seperti ibu2 kita????...ermmm ...


~ halwa telinga ~


 

Blogger Template | Created by Adam Every