Followers

~Doa Buat Abah~

Wahai abahku, engkau telah kukafani dg sebungkus kafan, tp ku tidak tahu samada masihkah abah mengenakan kafan itu sekarang, esok & seterusnya…

Abahku, org2 alim mengatakan, bahawa semua hamba kelak akan ditanya ttg imannya. Di antara mereka ada yg bisa menjawab, dan ada jiga yang cuma membisu. Adakah abah nanti bisa menjawab, atau hanya membisu?

Abahku, org alim berkata, bhw kuburan itu bisa menjadi luas atau sempit. Bagaimanakah kuburan ayah, bertambah luaskah, atau menyempit?
Abahu, org alim juga berkata, bhw kain kafan org yg meninggal ada yg diganti dg kain kafan syurga & ada pula yg digantikannay dari neraka. Kain kafan darimana yg abah gunakan sekarang?

Abahku, org alim berkata, bhw kuburan itu merupakan sebahagian taman dari syurga, namun bisa juga berupa sebuah lubang dari neraka. Yg kupikirkan, bagaimana kuburan abahh sekarang? Taman syurgakah, atau lubang nerakakah ia?

Abahku, org alim berkata bahawa liang kubur bisa menghangati mayat dgn pelukan spt pelukan ibu kpd anaknya, tp bisa jg merupakan lilitan erat yg meremukkan tulang2 si mayat. Bagaimanakah keadaan tubuh abahh sekarang, pelukan manakah yg abah rasakan?

Abahku, org alim berkata, org yg dikebumikan itu ada yg menyesal mengapa dahulu semasa hidupnya tdk memperbanyak amalan bagus, tp malahan mengumbar maksiat. Yg kutanyakan pada abahh, apakah abah termasuk yg menyesal krn perbuatan maksiat, ataukah yg menyesal krn sedikitnya melakukan amal kebaikan?

Abahku, dahulu setiap aku memanggilmu tentu engkau menjawab. Tp kini engkau kupanggil-panggil namun tak lagi mau menjawabku. Engkau kini telah berpisah denganku dan tak bersua lagi sampai hari kiamat, kudoakan semoga Allah tidak menghalangi perjumpaanku denganmu abah

Abah..sewaktu hayatmu, akulah salah satu dr anakmu yg menjadi harapan & kebanggaanmu. Tinggi harapnmu untuk melihatku Berjaya & menjadi anak solehah serta cekal & tabah mengharungi kehidupan. Tp abah…anakmu saat ini sangat merasakan dirinya lemah & kerdil abah…xkuat rasanya untuk bangun & berdiri, langkah yg ku ayunkan juga terasa lemah..sesekali datang semangat baru, anakmu kembali kuat,sesakali yg lain apabila pelbagai ujian menerpa, anakmu ini sangat lemah…

Abahku, namun usah khuatir ya abah…berbekalkan sedikit semangat & kekuatan dlm diri anakmu ini, akanku cuba gagahi juga setipa liku2 kehidupan yg mencabar ini. Akanku ambil smgtmu & semangat mak yang kini tabah meneruskan hidupnya sbg abah & ibu dlm membesarkan km putera2 & puteri2mu..

Abah..kudoakan semoga allah mencucuri rahmat ke atas rohmu & menempatkanmu bersama orang2 beriman…semoga abah sentiasa tenang & aman di sana.

Amiinn….

1 Comment:

  1. pelangi senja said...
    salam..moga tabh menghadapi realiti hidup yang banyak tipu daya..

Post a Comment




Photobucket

~ halwa telinga ~


 

Blogger Template | Created by Adam Every