Followers

Rebut Hidayah Itu

setiap dari kita ada memori silam tersendiri..ada memori bahagia, ada memori duka..yang bahagia itu alhamdulillah..yang duka itu bukanlah satu tanda allah tidak menyayangi anda sebagai hambaNYA..diujinya kita dengan duka itu untuk mendekatkan diri kita denganNYA, barangkali kita alpa & DIA mengingatkan kita dengan melemparkan rasa duka di jiwa..insyallah hijrahla demi menggapai bahagia dariNYA..

....... peringatan bersama ........

"Kalau ada lintasan dihati kita untuk berhijrah daripada jiwa yang lalai kepada jiwa yang cintakan-Nya, maka bersegeralah melakukannya kerana percayalah bahawa itu adalah lintasan yang benar dari-Nya.

Ianya merupakan hidayah yang tidak akan datang selalu. Jarang-jarang sahaja ia singgah dihati. Biasanya, bila ia singgah, ia akan disertai dengan keyakinan yang kuat. Namun kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah Ta`ala akan tarik balik hidayah-Nya itu."

~ Taufiq dari-Nya bukan milik semua orang, dan bukan milik orang yang tidak tersedia ~

........... ibrah dari sahabat ..........

Umar al-Khattab pernah berkata,

“Tiada tempat yang telah kuisikan dengan kekufuran dan dosa pada zaman jahiliahku, melainkan semuanya. Aku telah isikan semula dengan keimanan dan amal soleh setelah keislamanku.”

pada awalnya, beliau adalah seorang musuh tegar umat islam dan penentang hebat rasulullah s.a.w..namun, hiikmah daripad satu peristiwa, beliau seolah-olah dilahirkan semula sebagi seorang insan baru dan telah menginfakkan dirinya di jalan islam. Malahan beliau menjadi salah seorang sahabat yang sangat dekat dengan rasulullah s.a.w.

setiap perubahan yang kita lakukan, allah mahu tahu dan allah maha menilai...lakukan perubahan itu, usah bertangguh !



0 Comments:

Post a Comment




Photobucket

~ halwa telinga ~


 

Blogger Template | Created by Adam Every