Followers

BUATMU YANG BERNAMA WANITA


Wanita Antara Kaca Dan Permata Wanita hiasan dunia, tanpa wanita, maka akan suramlah dunia. Wanita adalah satu ciptaan Allah yang cukup unik, cukup istimewa. Jika disingkap kembali sejarah wanita di zaman sebelum datangnya nur Islam, wanita ditindas dan tidak diberi penghormatan, namun selepas kedatangan cahaya Islam,wanita diangkat martabatnya, diberikan penghormatan, keistimewaan serta kemuliaan. Menyentuh soal wanita, terlalu banyak yang perlu dibicarakan. Lakaran sejarah telah menukilkan bagaimana Rabiatul Adawiyah seorang sufi yang mengabdikan sepenuh diri pada Sang Pencipta. Betapa sabarnya Fatimah dalam menghadapi segala kesulitan dan kesusahan hidup. Betapa besarnya pengorbanan Khadijah terhadap perjuangan Baginda Rasulullah SAW dan betapa teguhnya Hajar saat diuji Yang Esa. Jika disoroti senario wanita di zaman kini, di manakah mahu dicari wanita setaat Rabiatul Adawiyah, sesabar Fatimah, seteguh Hajar dan semulia Khadijah?. Kita menyaksikan bagaimana wanita di zaman ini hanya mengejar keduniaan semata, dunia yang tiada sempadan. Mereka saling berlumba-lumba untuk menjadi yang terhebat atau ingin berada di antara mereka yang hebat tanpa menghiraukan arahan dan larangan Tuhan, aurat dibuka tanpa rasa segan silu, adab dan sopan tidak lagi dalam diri, malah ada yang sanggup menggadaikan maruah sendiri. Saban hari, ketika dan waktu, kita lihat betapi licik dan sistematik propaganda-propaganda yang diatur oleh musuhmusuh Islam dalam memesongkan akidah wanita-wanita Islam. Wanita dijadikan bahan dagangan, boleh dijual dan dibeli sesuka hati, gambar-gambar wanita ditampal di sana sini. Di manakah hilangnya martabat dan maruah wanita?. Pada siapa harus dipersalahkan? atau kita hanya mampu berpeluk tubuh dan menuding jari pada orang lain?. Adakah kita masih berada di zon yang selesa?. Tepuk dada, tanyalah iman!. Justeru, kita sebagai wanita Islam sewajarnya menyedari peranan kita dalam menjulang kembali martabat wanita yang telah hilang kerana wanitalah yang bakal menjadi sayap kiri rijal dalam medan dakwah. Wanitalah yang bakal menjadi tapak semaian dalam melahirkan generasigenerasi yang akan mewarnai arena perjuangan Islam, wanita jualah guru pertama dalam mendidik akidah anak-anak. Wanita diciptakan daripada rusuk lelaki kerana wanitalah yang menjadi pelengkap lelaki. Jangan disangka kelembutan wanita adalah satu kelemahan, sinar matanya yang menawan serta senyuman yang menggoda pasti mencairkan hati-hati lelaki, maka tidak hairanlah jika ramai lelaki yang tewas pada wanita. Ketahuilah bahawa tangan yang menghayun buaian itu mampu untuk mengoncangkan dunia. Lantaran itu, kita sebagai mahasiswi Islam punyai peranan yang amat besar dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan agama Allah s.w.t. Mahasiswi Islam seharusnya punyai kekuatan dan ilmu yang mendalam dalam menyelamatkan wanita-wanita Islam yang lain daripada terus tersesat. Atas dasar kesedaran inilah, maka kita perlu mengambil segala peluang yang ada kerana peluang untuk berjaya tidak akan menunggu kita melainkan kita menjejakinya. Hayatilah manhaj pentarbiahan Rasulullah s.a.w. terhadap wanita-wanita Islam di zaman baginda. Jadikan diri kita sebagai qudwah hasanah kepada kaum wanita yang lain. Al-Quran dan As-Sunnah perlu dijadikan wadah panduan dalam kita mencari jalan penyelesaian. Sekadar berkata sahaja, tanpa kita memberi jalan penyelesaian adalah salah dan hanya akan membuatkan wanita terus-menerus hidup dalam suasana jahiliah. Firman Allah Taala yang bermaksud : “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri tidak mengubahnya”. Oleh yang demikian, jadilah kita wanita yang menggunakan akal fikiran sebagai pembantu setia dalam merungkai apa jua masalah yang membelenggu diri, bukannya dengan emosi yang tidak terkawal. Buangkan pakaian mazmumah, pakai dan hiasilah dengan pakaian mahmudah, lengkapkan peribadi dengan nilai-nilai murni, hiasi diri dengan ketakwaan dan ketaatan kepada Yang Esa, agar kita mampu untuk meletakkan diri kita sebaris dengan pekerja-pekerja dakwah di jalan Ilahi. Jadilah kita wanita permata dunia, wanita pencorak bangsa!. ..............

0 Comments:

Post a Comment




Photobucket

~ halwa telinga ~


 

Blogger Template | Created by Adam Every