Followers

Isteriku wanita TERBAIK untukku



Bismillahirrahmanirrahim..

Tinggal beberapa jam saje lagi ciknujba akan bergerak ke suatu program..program yang sama telah mengenalkan ciknujba dengan pelbagai perkara..program yang telakar 1001 kenangan yang tak pernah ciknujba lupa sampai bila-bila..kali ni ciknujba bersama sahabat-sahabat tahun akhir diamanahkan untuk handle program ni..mungkin ini sumbangan terakhir sebelum melangkah meninggalkan adik-adik meneruskan perjuangan di bumi UKM ini..bak kata adik2 pimpinan sekarang, mereka harapkan sedikit sumbangan dari kami sebelum melangkah pergi meninggalkan mereka disini..ciknujba & sahabat-sahabat pula akan berdepan dengan dunia perjuangan sebenar yang jauh lebih mencabar..saat itulah diri kan diuji & teruji..saat ni barang-barang belum ciknujba packing lagi..ciknujba masih setia di depan lappy nya..hatinya teringin untuk memberi sesuatu kepada pengunjung blognye...namun perkongsian kali ini tidaklah berkenaan perjuangan dan sebagainya..ia berkisah tentang "wanita"..

sedang ciknujba melayari internet bersama Mr.google, terdetik di hati ciknujba untuk meng"Google" tulisan-tulisan berkenaan wanita solehah..suka benar ciknujba dengan tulisan-tulisan yang dijumpai..banyak kisah teladan yang menceritakan perihal wanita solehah..baik wanita-wanita di zaman Rasulullah s.a.w serta sebelumnya juga wanita-wanita zaman sekarang yang boleh diambil iktibar buat diri kita terutamanya yang bergelar wanita..duhai sahabat2 wanita sekalian..tak pernah ruginya menjadi seorang wanita solehah yang sentiasa melabuhkan cintanya buat sang Penciptanya, melayarkan rindu buat kekasih rabbnya, cinta & taat pada agamanya..ibubapanya, suaminya, sahabat2nya & seluruh kaum muslimin dan muslimat..semuanya kerana Rabbnya..semuanya demi menggapai redho dari Rabbnya...sungguh allah memelihara, merahmati, memberkati wanita solehah..

"wanita adalah perhiasan dunia, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"

..............................................................................************....................................................................

~ ikutilah cerita teladan ini, semoga mendapat iktibar darinya ~

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta’ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
" semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta’ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta’ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta’ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta’ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.

~ bahagianya menjadi wanita solehah ~

0 Comments:

Post a Comment




Photobucket

~ halwa telinga ~


 

Blogger Template | Created by Adam Every