Followers

Antara Harapan Dan Ketakutan

Bismillahiwalhamdulillah...

Di dalam diri kita ini tersimpan dua perasaan utama iaitu harapan dan ketakutan..dalam bahasa arab harapan disebut sebagai "ar-rajaa' " manakala ketakutan disebut sebagai " al-khauf "...pabila dua perasaan ini bersatu, lahirlah pula perasaan gembira, sayang, kasih, cinta, suka, marah, benci, risau, sedih, ragu-ragu dan sebagainya...

Harapan adalah suatu perkara positif manakala ketakutan ini adalah perkara yang negatif..oleh itu sahabat-sahabat sedarlah bahawa bilamana diri kita penuh dengan harapan, nescaya harapan ini akan menarik perkara-perjara baik dan positif dalam seluruh kehidupan kita..sebaliknya sahabat-sahabat bilamana diri kita diselubungi rasa ketakutan, perkara-perkara yang tidak baik dan negatif akan menghiasi hari-hari dalam kehidupan kita..
pilih-pilihlah mana yang baik antara keduanya...mahu terus hidup dalam harapan @ tewas diulit ketakutan...???

diri kta sendiri adalah penyebab dalam kehidupan kita...fikiran kita inilah yang "menarik" dan "mencipta" keadaan...jika kita optimis terhadap sesuatu perkara, contohnya tika menghadapi masalah berkaitan hutang, kerja, kekasih dan sebagainya...tak mustahil kita kan mampu berdepan & mengatasi masalah-masalah tersebut..sebaliknya jika diri kita pessimis terhadap masalah-masalah itu semua..kita kan temui kegagalan, tekanan dan sebagainya..

kekadang, sesorang itu dilempari dengan batu-batu kecil sebagai satu tanda amaran dalam hidupnya..dek kerana tidak menghiraukannya, sesorang itu akan dilempari pula dengan sebiji bata..jika masih tidak peduli, tentunya akan terpenyek dihempap batu yang besar..lihatlah sahabat-sahabat fenomena yang berlaku di atas ini, sungguh dalam kehidupan ini telah banyak amaran yang kita terima sebagai teguran dari yang maha Esa pada sekelian makhluk ciptaanNya..tanda sayangnya DIA pada kita..jika kita sorang hamba yang jujur..tentu kita akan akui bahawa pernah kita diberi amaran sedemikian rupa oleh alam sebelum ini..namun dek kerana ego kita sebagai manusia yang lupa akan Tuhannya..kita buat tak tahu saja dengan amaran tersebut..sehinggalah hidup kita dicengkam masalah sebanyaknya..malah tergamak pula kita bersuara "kenapa asyik aku saja yang kena"..terlalu banyak kenapa yang kita suarakan..walhal...segalanya berpunca dari diri kita...

hadapi masalah dalam hidup itu merupakan proses pembelajaran dalam kehidupan..tanpa masalah sahabat-sahabat, kita tidak kan menadi insan terpelajar dalam kehidupan ini..sungguh kehidupanlah yang banyak mengajar kita dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara..belajarlah sebaiknya dari alam kerana alam ini adalah sekolah kehidupan buat sorang insan...

renung-renungkanlah sahabat-sahabat...allah itu amat mengasihi, menyayangi, mencintai hamba-hambaNya..belajarlah sahabat..belajarlah dari alam..sungguh tarbiyah dari alam itu adalah tarbiyah yang baik..semoga diri kita terpandu ke arah kebaikan....

allahu rabbi...
allahuakbar...


0 Comments:

Post a Comment




Photobucket

~ halwa telinga ~


 

Blogger Template | Created by Adam Every