Followers

La Taghdob !

Lemah lembut itu akhlak mulia…berada diantara dua akhlak yang paling rendah tempatnya..kemarahan dan kebodohan itulah namanya..tertutuplah akal & fikiran sorang hamba tatkala menghadapi masalah hidupnya dengan marah dan emosionalnya…mengundang perlakuan yang tidak lagi diredhoi Allah jua RasulNya…& jika diselesaikan masalah dengan kebodohannya, nescaya hina manusia kan menghimpit dirinya..manusia tiada lagi hormat akan dirinya..sebaliknya, jika dihadapi akan masalah itu dengan kelemahlembutan, akan mulialah ia disisi Allah taala jua seluruh makhluknya..beruntunglah yang memiliki akhlak lemah lembut kerana tiap-tiap masalahnya kan selesai tanpa merugikan sesiapa mahupun dirinya sendiri jua..

Bagaimana ingin memupuk akhlak lemah lembut ini??? Caranya tak lain tak bukan lagi, latihlah diri dengan menahan diri sedaya mungkin tatkala marah serta timbang-timbangkanlah baik & buruknya sebelum bertindak…yaaa hidup manusia itu tak pernah lepas dari masalah…dar kecil-kecil masalah hinggalah sebesar-besar masalah..jika tidak bekalkan diri dengan akhlak ini..masalah itu kan gagal diselesaikan akhirnya..siapakah jua yang merasa ruginya?? Diri sendiri juga bukan??? Renung-renungkan….

Demikian agungnya akhlak ini sehingga rasullah memuji sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya :

“Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah yakni sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa)”. (HR. Muslim)

Bila direnung kembali, akhlak mulia ini sering diabaikan manusia tika marah menguasai diri..tindak tanduk semuanya boleh memberi kesan negatif baik pada diri sendiri juga orang lain…walhal, dalam perkara ini Rasulullah s.a.w telah pun ingatkan kita semua tentang sifat marah yang tidak pada tempatnya…baginda Nabi s.a.w pernah bersabda kepada sorang sahabat yang meminta nasihat darinya..”janganlah kamu marah.” & diulangi baginda lagi “janganlah kamu marah.” (HR. Bukahri).

Oleh itu sahabat-sahabat..inginku berpesan pada diriku sendiri dan sahabt-sahabt semua agar sama-sama kita jauh & menjauhi sifat marah ini…control emosi kita tatkala sedang marah..istighfar sebanyaknya hingga hilang rasa marah itu…jika sedang berdiri, duduklah wahai yang sedang marah, jika ttp marah maka berbaringlah duhai si pemarah..jika tidak berhasil juga, berwudhuklah wahai yang dikuasai marah…tenangkan diri tika marah…usahlah kita beramal dengan akhlak yang tidak elok ini…didiklah nafsu & beramallah dengan sifat lemah lembut yang diajarkan islam pada kita..


Duhai diri..duhai hati..menjauhlah dari sifat marah…nauzubillah

0 Comments:

Post a Comment




Photobucket

~ halwa telinga ~


 

Blogger Template | Created by Adam Every