Followers

Kalah daripada Berbalah

Kemenangan yang sebenar ialah dengan mengaku kalah..
Ya..! Aku akan sentiasa mengaku kalah dan cuba mengalah..
Dalam menghadapi kemenangan..
Biarlah aku yang asyik mengalah..
Asalkan mereka bahagia dan gembira..
Tanpa berbalah lagi..
Walaupun keadilan tak pernah berlaku adil padaku..
Biarlah hanya Allah saja yang mengadili segalanya..
Sesungguhnya, aku sudah semput dan penat..
Ya Allah, maafkan hambaMu..
Aku penat melayari fatamorgana dunia ini..
Aku penat kerana asyik hendak menang..
Walaupun kemenangan itu satu kebenaran..
Tapi, tak siapa yang peduli..
Malah, mereka ketawa gembira memperlekehkan kebenaran itu..
Untuk mencapai kemenangan..

Aku penat ya Allah..
Aku penat kerana air mataku ini asyik berjujuhan..
Setiap kali mereka menyakitiku..
Aku penat mengelap tangis ini..
Hatiku sudah penat meraung kesakitan..
Aku hanya ingin menangis di hadapanMu..
Di saat aku bermunajat dan memohon keampunanMu..
Penuh syahdu dengan bicara ayat-ayat suciMu..
Agar setiap titis air mata yang tumpah itu tidak sia-sia..
Tetapi menjadi kebanggaanMu kerana tangisan luhur seorang hamba..
Yang kerdil dan hina..

Aku tak ingin menangis dan berasa sedih kerana mereka..
Aku tak ingin berasa tertekan dan hampa gara-gara mereka..
Biarlah aku mengaku kalah..
Asalkan kemenangan memikatMu dapat ku capai..
Biarlah mereka asyik ingin menyalahkan aku..
Biarlah aku saja yang beralah..
Agar ukhuwah yang terbina keranaMu tidak musnah dek kerana berbalah..

Ya Allah..
Aku hanya ingin bermanja denganMu..
Aku mengharapkan kasih sayangMu..
Agar aku sentiasa tenang dan damai dalam cintaMu..
Kerana..
Tiada siapa lagi yang dapat memahamiku selain Engkau..
Engkau Pencipta diriku..
Dan aku tahu, setiap ciptaanMu itu tidak pernah sia-sia..
Bagi orang yang berfikir..

Aku lemah..aku tak kuat..aku tak tabah..
Ya Allah, pinjamkanlah aku kekuatan..
Berilah aku ketabahan dan kesabaran yang tinggi..
Untuk aku jadikan bekalan mendepani segala onak duri kehidupan..
Untuk aku jadikan senjata perlindungan iman..
Terhadap semua dugaan dan godaan duniawai yang sering mencabar diri..
Terhadap semua cubaan yang acap kali menguji keteguhan iman..

Ya Allah..
Damaikanlah aku dengan ayat-ayatMu..

“Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman.” (Surah al-Imran : ayat 129)

“Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sesekali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas.” (Surah al-Imran : ayat 111)

“Dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.” (Surah an-Nahl : ayat 127)

“Dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu) ; dan cukuplah Allah menjadi pelindung (yang menyelamatkanmu).” (Surah al-Ahzaab : ayat 48)

Berbuat baiklah hanya kerana Allah semata-mata, maka anda akan menguasai keadaan, tidak akan terusik dengan kebencian, dan tidak merasa terancam dengan kekejian. Mampukah aku lakukan semua itu?? Ya Allah, bantulah aku dalam setiap urusanku di dunia dan akhirat. Amin..

sumber: http://wana93.wordpress.com

0 Comments:

Post a Comment




Photobucket

~ halwa telinga ~


 

Blogger Template | Created by Adam Every