Followers



Sukarnya mencapai Redho ilahi bilamana hati bersarang mazmumah dan bilamana nafsu bermaharajalela. Walau sepastinya seseorang manusia amat mengidamkan redho ilahi akan tetapi mengapa masih jua dia mengingkari perintah ilahi.


Sesetengah mereka tahu malah arif pula tentang hukum-hakam agama namun tetap gagal mengekang nafsu yang selalu merosakkan jiwa. Mengapa begitu sukar mendidik jiwa? Tiadakah jalan pintas untuk mendidik jiwa lantas terus menjadi kekasih Allah?

Duhai teman,

Tiada jalan pintas dan jalan mudah. Bukankah mengharapkan kesenangan dimuka bumi ini suatu fantasi? Apakah tidak kita mengerti bahawa hidup ini adalah dugaan untuk menguji kita. Bukankah Yang Maha Esa telah berfirman:

"Adakah manusia mengira bahawa kami akan membiarkan mereka mengatakan kami beriman kepada Allah, sedang Mereka tidak diuji"

Kalaupun ada kesenangan itu hanyalah bonus dari Rabb Jalil kepada manusia. Hakikatnya hidup ini suatu cubaan. Yang kaya diuji untuk bersyukur manakala Yang miskin pula untuk bersabar.

Justeru itu, mahu atau tidak mahu perlu kita didik hati kita dengan perjuangan dan jihad. Memerangi nafsu mazmumah dan hasutan syaitan perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen. Bersabar terhadap tuntutan nafsu itu sendiri sebahagian daripada tuntutan agama.

Ya Rabbi ku panjatkan doa agar hati terdidik dan jiwa terlatih dengan amalan soleh demi mengecap redhoMu.

<<< Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi untuk bacaan yang lebih lanjut >>>

...............................................................****...........................................................

Nak bina baitu dakwah/bait muslim dengan redha allah juga bukanlah suatu perkara yang mudah..pelbagai ujian akan kita hadapi, pelbagai keperitan jiwa akan kita rasai..namun, berkorbanlah, bermujahadahlah & berjihadlah..mengekang nafsu itu juga merupakan jihad....bersabarlah, jangan gelojoh..usahalah taat akan perintah allah, pasti allah akan sediakan segala kebaikan & keindahan sebagai ganjaran..

.....................................................................****.................................................................

Kalau cinta itu terjalin antara lelaki dan perempuan yang belum
diikat oleh tali perkahwinan, maka mereka tidak perlu berjumpa, bercanda

atau memerlukan apa saja ‘medium’ yang bertentangan dengan kehendak

Allah. Cinta mereka tidak akan dikotori oleh luapan nafsu yang melanggar

syariat. Sebaiknya cinta itu bertaut pada rasa yang suci. Ingin sama-sama

berganding bahu, bersatu rasa, untuk mentaati Allah.

Walaupun kadangkala antara mereka tidak pernah kenal

atau baru berkenalan, tapi hati mereka sudah rasa sayang dan

kasih. Masing-masing memendam rasa. Menunggu saat

bahagia – sambil gigih melaksanakan tanggung-jawab

masing-masing. Tidak ada unsur ‘mabuk’ cinta

yang mengkhayalkan. Atau pembaziran masa

tanpa arah tujuan. Atau ada air mata yang

dialirkan sebab-sebab yang

murahan.

Tidak payah bersentuhan tangan,

kerana mereka sudah bersentuhan hati.

Tak payah berbalas kerlingan mata

kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa.

Kalau cinta ini terjalin antara suami isteri,

maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya

kepada suami datang dari cintanya kepada Allah.

<<< Petikan daripada :Tentang Cinta :Pahrol Mohammad Juoi >>>

0 Comments:

Post a Comment




Photobucket

~ halwa telinga ~


 

Blogger Template | Created by Adam Every