Followers

al-kisah

assalamualaikum...

Nak bagitau nih..besok dah masuk 24 april...26 april ciknujba ada satu lagi paper yang merangkap paper terakhir ciknujba utk sem ini...lepas tu ciknujba ada beberapa hari ja lagi sebelum bulan april ni melabuhkan tirainya..ciknujba kene struggle pastikan projek thn akhir ciknujba nih siap jugak..if tak...biar masa & keadaan yg menentukan...banyak lagi yg perlu ciknujba setelkan..last check out bilik 30 april...barang2 satu pun belom kemas lagi...macam mana nak angkut barang2 tu ke kedah pun belom decide lagi...tiket nak balik pon belom ciknujba beli lagi..haish ! so bad ! paling lewat pun ciknujba kena balik 1 mei...3 mei dah kena lapor diri kat tempat praktikal..hmmm..jadilah orang penang sekejap untuk tempoh masa 8 minggu..sebab praktikal start 3 mei sampailah 24 jun...sebut pasal tiket nih..aduuu cmaner ciknujba nak dapatkan tiket yer?? hoho..bukan soal tak tau nak beli tiket...soalnya.....soalnya...pitih dop cukup (loghat kelantan)...hoho..so saddd...gane ni yer?? (loghat ganu..xtau la jadi ka x)..


tiket ke kedah rm 45...now juz have rm 43...hehe...tolak mkn tolak minum untuk beberapa hari b4 30hb @ 1hb...ermm..tinggal bapa ek? hehe...dok dang dah nak g buat pemasaran tok beli tiket..kui..kui...kui..(mentang2la pernah jadi ajk pemasaran..amboih...sampai ke tiket pun nk buat pemasaran, melampau..hehe)..



susah2 sangat bertukar jadi dragon ball la..panggil awan terbang datang..on that day, balik kedah naik awan terbang..hehe..tak pun naik tikar terbang do re mi..zam zam ala kazam..best je kan?..kan..kan..kan???..macam naik belon...wahhhh...(berfantasi seketika)...hehe..pe pun xpelah...ni masalah2 kecik ja..yg penting ciknujba nak setelkan projek yang sangat3 dichentai ni dulu...kui..kui..kui..soal tiket semua tu..insyaallah ada ler tu rezki nanti..kan2?....

rabbi yassir wala tua'ssir...

k lah tak mo lah "goreng kerepek" lama2 kat sini..kerepek hangit/hangus..orang tak lalu pun nak makan..hoho..ciknujba jugalah yang telan sendirian..tapi tak palah..ciknujba tak kesah...yang pahit2 itu better ciknujba telan sendiri daripda bagi orang telan..kan2?...hehe..so cukuplah di sini dulu kemerepekan ciknujba nih..terima kasih la sudi membaca sampai ke hujung titik..hoho..jumper lagi..& doakan yang terbaik ya untuk ciknujba..ok orang dah nak azan menandakan masuknya waktu sembahyang (maghrib)..tata...jom..hayya a'lassolah...

~maaf yer salah silap~
~salam ~


sesajer jer....

salam...petang ni sekadar nak share beberapa keping gambo je...xnak cakap panjang-panjang...biar gambo2 itu yang berbicara ya.... ^_^


gubahan coklat 1

gubahan coklat 2

gubahan coklat 3

gubahan coklat 4

gubahan coklat 5

gubahan coklat 6

gubahan coklat 7

gubahan coklat 8

gubahan coklat sembilan (coklat box)

comel2 kan gubahan2 ni..coklatnya pun mengiurkan..hehe...
kalo berkenan pi lah tempah ya...sesuai untuk semua event....
gambo2 ni jumpe kat fb....bagus bisnes dia...haa to sape2 yg amik food science to buleh la bukak bisnes gini..bisnes coklat....x rugiiiii.... ^_^ hehe..

~ sekian ~

ilahi Rabbi...




"Allahu akbar...ujian ini pun masih gagal aku lepasi..bagaimana mungkin aku mengharapkan "ujian" yang lagi besar, ya maha dasyat..ujian ini masih belum lulus..apakah aku benar-benar bisa menghadapi "ujian" seberat itu??? apakah aku sudah bersedia???" ~ getus hatil kecil ciknujba ~

terlalu sesak dada ini memikirkannya..semakin hari semakin hampir ke garisan penamat bagi keberadaan di bumi UKM ini, semakin kuat rasa tidak sabar itu bertandang di hati..allahu akbar..sangatlah ia menguji..

semuanya dipendam sendiri jauh di lubuk hati..soalan demi soalan diajukan pada diri tatkala bersama teman-teman yang sentiasa menemani....hmm...^___^ ciknujba hanya mampu tersenyum sendiri...tiada jawapan khusus yang mampu diberi..hanya mohon didoakan yang terbaik..biarlah segalanya menjadi rahsia hati sendiri..kerana sang Rabbi lah pemilik segala rahsia & rahsia itu..semunya tersimpan rapi..tak siapa pun ketahui...

allahu Rabbi..sungguh ciknujba tiada punya apa-apa..sungguh ciknujba tidak mampu berbuat apa-apa tanpa izin dariMu..biar pun impian menggunung terpahat di hati..namun impian tinggal impian..harapan tinggal harapan..tanpa izinMu ia tidakkan pernah semua itu menjadi realiti...sekadar berlegar di alam fantasi qalbi...berbekalkan sedikit iman di hati, ku yakini tiap-tiap apa yang Kau taqdirkan untuk insan yang bergelar a'bdi ini pastinya bukanlah suatu yang sia-sia..hikmah terbesar sedia menanti..

allahu Rabbi..ku berjalan dan terus berjalan meniti hari..kekadang tersadung kaki sendiri, tersungkur menyembah bumi...saat itulah kesedaran menyapa diri..mengingatkan siapakah asalnya diri..aku mulai koreksi diri..pernah satu ketika, Kau uji diri ini, hati ini bagaikan dirobek-robek..hancur seribu..pelan-pelan kucantum kembali agar kembali berbentuk sekeping hati..sukar benar untuk diterima..namun, ku sedar itu merupakan 1 teguran yang Engkau berikan pada diri yang lemah ini pabila ku hampir-hampir hanyut tika mengemudi lautan duniawi..leka mengejar cinta insani..lantas Kau menyelamatkan aku kembali..semuanya tanda Kau masih mempeduli, mencintai & mengasihi diri yang kerdil ini..


allahu Rabbi..Engkaulah pencinta yang sebenar-benar pencinta..tiada pencinta yang dapat menandingi Engkau..izinkanlah hati kecil ini untuk merasai nikmat cinta yang diimpikan setiap insani yang bernama a'bdi..tuntunlah langkah kaki ini mendaki tuk menggapai cintamu ya Rabbi...janganlah biarkan hati ini terus diulit cinta manusiawi yang sekadar bertandang di hati & kemudian pergi tanpa sedikit rasa simpati..ya Rabbi..sungguh cintaMu cinta yang abadi..tidak pernah ku nafi..cumanya, terkadang diri ini alpa & leka..cinta yang Kau beri tidak kuhargai..namun, Kau tak pernah pergi membawa diri..sebaliknya Kau setia menanti...Kau buka seluas-luasnya jalan untuk ku menyerah diri..sedia mencintai & dicintai..


ya Rabbi, maafkanlah diri ini kiranya telah kuabaikan cinta yang Kau beri..maafkanlah diri ini
kiranya tidak pernah untuk menghargai...bimbing dan terus bimbinglah diri ini dalam menggapai cinta yang Kau redhai..kuatkanlah & tabahkanlah hati ini dalam menghadapi cinta insani yang Kau hantarkan untuk menguji keimanan di hati..ya Rabbi cekalkanlah & tetapkanlah hati ini tatkala hidayahMu mengentuk pintu hati..janganlah kau palingkan hati setelah Kau berikan hidayah pada diri yang lemah ini...



<< sekadar gambar hiasan >>

.:: sambutlah cinta Tuhan yang sentiasa dicurahkan kepada hambanya kerana takkan kau rasa indahnya bercinta andai tiada cinta buat yang Esa ::.

~ allahu Rabbi (!___!) ~



Sukarnya mencapai Redho ilahi bilamana hati bersarang mazmumah dan bilamana nafsu bermaharajalela. Walau sepastinya seseorang manusia amat mengidamkan redho ilahi akan tetapi mengapa masih jua dia mengingkari perintah ilahi.


Sesetengah mereka tahu malah arif pula tentang hukum-hakam agama namun tetap gagal mengekang nafsu yang selalu merosakkan jiwa. Mengapa begitu sukar mendidik jiwa? Tiadakah jalan pintas untuk mendidik jiwa lantas terus menjadi kekasih Allah?

Duhai teman,

Tiada jalan pintas dan jalan mudah. Bukankah mengharapkan kesenangan dimuka bumi ini suatu fantasi? Apakah tidak kita mengerti bahawa hidup ini adalah dugaan untuk menguji kita. Bukankah Yang Maha Esa telah berfirman:

"Adakah manusia mengira bahawa kami akan membiarkan mereka mengatakan kami beriman kepada Allah, sedang Mereka tidak diuji"

Kalaupun ada kesenangan itu hanyalah bonus dari Rabb Jalil kepada manusia. Hakikatnya hidup ini suatu cubaan. Yang kaya diuji untuk bersyukur manakala Yang miskin pula untuk bersabar.

Justeru itu, mahu atau tidak mahu perlu kita didik hati kita dengan perjuangan dan jihad. Memerangi nafsu mazmumah dan hasutan syaitan perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen. Bersabar terhadap tuntutan nafsu itu sendiri sebahagian daripada tuntutan agama.

Ya Rabbi ku panjatkan doa agar hati terdidik dan jiwa terlatih dengan amalan soleh demi mengecap redhoMu.

<<< Silalah Layari Laman Blog ini dalam usaha menuju ke jalan Allah- Laman Sufi Salafi untuk bacaan yang lebih lanjut >>>

...............................................................****...........................................................

Nak bina baitu dakwah/bait muslim dengan redha allah juga bukanlah suatu perkara yang mudah..pelbagai ujian akan kita hadapi, pelbagai keperitan jiwa akan kita rasai..namun, berkorbanlah, bermujahadahlah & berjihadlah..mengekang nafsu itu juga merupakan jihad....bersabarlah, jangan gelojoh..usahalah taat akan perintah allah, pasti allah akan sediakan segala kebaikan & keindahan sebagai ganjaran..

.....................................................................****.................................................................

Kalau cinta itu terjalin antara lelaki dan perempuan yang belum
diikat oleh tali perkahwinan, maka mereka tidak perlu berjumpa, bercanda

atau memerlukan apa saja ‘medium’ yang bertentangan dengan kehendak

Allah. Cinta mereka tidak akan dikotori oleh luapan nafsu yang melanggar

syariat. Sebaiknya cinta itu bertaut pada rasa yang suci. Ingin sama-sama

berganding bahu, bersatu rasa, untuk mentaati Allah.

Walaupun kadangkala antara mereka tidak pernah kenal

atau baru berkenalan, tapi hati mereka sudah rasa sayang dan

kasih. Masing-masing memendam rasa. Menunggu saat

bahagia – sambil gigih melaksanakan tanggung-jawab

masing-masing. Tidak ada unsur ‘mabuk’ cinta

yang mengkhayalkan. Atau pembaziran masa

tanpa arah tujuan. Atau ada air mata yang

dialirkan sebab-sebab yang

murahan.

Tidak payah bersentuhan tangan,

kerana mereka sudah bersentuhan hati.

Tak payah berbalas kerlingan mata

kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa.

Kalau cinta ini terjalin antara suami isteri,

maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya

kepada suami datang dari cintanya kepada Allah.

<<< Petikan daripada :Tentang Cinta :Pahrol Mohammad Juoi >>>

Kemenangan yang sebenar ialah dengan mengaku kalah..
Ya..! Aku akan sentiasa mengaku kalah dan cuba mengalah..
Dalam menghadapi kemenangan..
Biarlah aku yang asyik mengalah..
Asalkan mereka bahagia dan gembira..
Tanpa berbalah lagi..
Walaupun keadilan tak pernah berlaku adil padaku..
Biarlah hanya Allah saja yang mengadili segalanya..
Sesungguhnya, aku sudah semput dan penat..
Ya Allah, maafkan hambaMu..
Aku penat melayari fatamorgana dunia ini..
Aku penat kerana asyik hendak menang..
Walaupun kemenangan itu satu kebenaran..
Tapi, tak siapa yang peduli..
Malah, mereka ketawa gembira memperlekehkan kebenaran itu..
Untuk mencapai kemenangan..

Aku penat ya Allah..
Aku penat kerana air mataku ini asyik berjujuhan..
Setiap kali mereka menyakitiku..
Aku penat mengelap tangis ini..
Hatiku sudah penat meraung kesakitan..
Aku hanya ingin menangis di hadapanMu..
Di saat aku bermunajat dan memohon keampunanMu..
Penuh syahdu dengan bicara ayat-ayat suciMu..
Agar setiap titis air mata yang tumpah itu tidak sia-sia..
Tetapi menjadi kebanggaanMu kerana tangisan luhur seorang hamba..
Yang kerdil dan hina..

Aku tak ingin menangis dan berasa sedih kerana mereka..
Aku tak ingin berasa tertekan dan hampa gara-gara mereka..
Biarlah aku mengaku kalah..
Asalkan kemenangan memikatMu dapat ku capai..
Biarlah mereka asyik ingin menyalahkan aku..
Biarlah aku saja yang beralah..
Agar ukhuwah yang terbina keranaMu tidak musnah dek kerana berbalah..

Ya Allah..
Aku hanya ingin bermanja denganMu..
Aku mengharapkan kasih sayangMu..
Agar aku sentiasa tenang dan damai dalam cintaMu..
Kerana..
Tiada siapa lagi yang dapat memahamiku selain Engkau..
Engkau Pencipta diriku..
Dan aku tahu, setiap ciptaanMu itu tidak pernah sia-sia..
Bagi orang yang berfikir..

Aku lemah..aku tak kuat..aku tak tabah..
Ya Allah, pinjamkanlah aku kekuatan..
Berilah aku ketabahan dan kesabaran yang tinggi..
Untuk aku jadikan bekalan mendepani segala onak duri kehidupan..
Untuk aku jadikan senjata perlindungan iman..
Terhadap semua dugaan dan godaan duniawai yang sering mencabar diri..
Terhadap semua cubaan yang acap kali menguji keteguhan iman..

Ya Allah..
Damaikanlah aku dengan ayat-ayatMu..

“Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman.” (Surah al-Imran : ayat 129)

“Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sesekali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas.” (Surah al-Imran : ayat 111)

“Dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.” (Surah an-Nahl : ayat 127)

“Dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu) ; dan cukuplah Allah menjadi pelindung (yang menyelamatkanmu).” (Surah al-Ahzaab : ayat 48)

Berbuat baiklah hanya kerana Allah semata-mata, maka anda akan menguasai keadaan, tidak akan terusik dengan kebencian, dan tidak merasa terancam dengan kekejian. Mampukah aku lakukan semua itu?? Ya Allah, bantulah aku dalam setiap urusanku di dunia dan akhirat. Amin..

sumber: http://wana93.wordpress.com

As-Sobru wal Musobaroh

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

syukur alhamdulillah kerana saat ni dalam kesibukan untuk menghadapi final exam..dalam kesibukan untuk menyiapkan latihan ilmiah..masih ada peluang untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat...dengan niat mudah-mudahan dengan perkongsian ini sama-sama kita beroleh manfaat darinya..moga-moga dengan sedikit perkongsian ini sama-sama juga kita semua terbimbing menjadi seorang hamba yang benar-benar hamba dan sentiasa memburu redhoNya..insyaallah moga allah mudahkan...

hari ni ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang apa yang ciknujba dapat melalui sedikit pembacaan yang dilakukan...lihat kepada tajuk post kali ni berbunyi ala-ala arab gitu..yaa memang itu perkataan arab..jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu nye berbunyi sabar (as-sobru) & teguh (musobaroh)..digabungkan keduanya itu maka jadilah "sabar & teguh"..memang selalu ya kita dengar & guna dua perkataan ini..tatkala kita hadapi masalah, sedara kita hadapi masalah..berduka, sedih & sebagainya..akan kita ungkapkan kata "sabar" ini..tatkala kita rasa lemah..goyah..kita pujuk hati kita, kita bisikkan doa pada diri kita agar sentiasa "teguh" tanpa mengira sehebat mana dugaan yang kita terima..kita tetap jua mahu "teguh"...

Harini jika kita berbicara dalam konteks diri kita sebagai pejuang yang merelakan dirinya di jalan pengorbanan...pastinya kita tidak akan teguh di jalan ini selama tidak kita miliki sifat sabar. Tidak kira golongan apa pun jua yang memilih untuk berada di jalan ini, yang menjanjikan pelbagai cubaan, dugaan, ujian..keterikatan kita dengan jalan ini tidak akan bertahan lama sekiranya di antara insan-insan yang berada di atas jalan yang sama ini tidak saling memberi nasihat dan tidak saling berpesan-pesan dengan kebenaran juga kesabaran...

berusahalah kita untuk mendidik jiwa agar bersabar dengan sebaik-baik sabar..bagaimana ya mahu bersabar dengan sebaik-baik sabar? sabar yang baik itu bagaimana? sabar yang baik itu tentunya sabar yang tidak disertai dengan perasaan marah, keluh kesah, putus asa, dan tidak mengeluh...para sobirin (org yg bersabar) tidak gelisah dan keluh kesah, bahkan berserah kepada Allah dengan meredhoi qada' & qadar Allah s.w.t...Rasulullah s.a.w qudwah hasanah buat kita semua..banayak ibrah yang boleh diambil dari riwayat hidup baginda..sepanjang dakwah baginda, pelbagai ancaman diterima daripada kaum quraisy yang menentang dakwah baginda..dan saat itu Rasulullah s.a.w telah diperintahkan oleh Allah s.w.t supaya bersabar dalam permulaan dakwah baginda..baginda diperintahkan supaya bersabar dengan sabar yang baik..sepertimana firman Allah dalam surah al-ma'arij : 5, yang berbunyi :

فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلاً
ayat ini membawa maksud "maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik." (al-ma'arij:5)

sabar yang baik ini juga bukanlah hanya tidak berkeluh kesah dengan cubaan yang diterima..bahkan sabar yang baik ini juga menuntut supaya kita tidak mengadu kepada selain daripada allah s.w.t...Selain itu, setelah kita bersabar..hendaklah kita bertawakkal kepadaNya dengan setinggi-tinggi tawakkal...pabila kita bertawakkal, ia membuktikan bahawa di dalam diri kita ada keyakinan kepada Allah..sebagai seorang hamba yang berada di jalan perjuangan..keyakinan inilah yang akan membuatkan seorang mujahid itu selalu maju & terus maju tanpa pernah mundur ke belakang...

Rasulullah s.a.w menggambarkan sabar itu dengan sabdanya "..dan sabar adalah cahaya..." Maksudnya, sesungguhnya sabar itu terpuji, dan pelakunya senantiasa bercahaya, mendapat petunjuk, & selalu berada di atas kebenaran.

wallahua'lam...

Tak tergambar indahnya bukan???

Kiranya sebuah perhubungan itu…

Dihiasi kejujuran dan keikhlasan..

Baik perhubungan persaudaraan,persahabatan,percintaan…

Bukanlah dengan mengambil kesempatan di atas kesempitan..

Nilailah seseorg dengan mata hati..

dengan hati yg tulus dan suci..

bukan dengan prasangka dan dendam yang tidak terperi..

yang akhirnya membawa kepada..

musnahnya sebuah perhubungan yang suci..

Sukarnya untuk mencari sebuah kejujuran dan keikhlasan..

Kerna..

adakalanya kata-kata yg diberi..

tidak menggambarkan kejujuran dan keikhlasan hati..

hanya sebagai pemanis mulut menambat hati..

hakikatnya...

semua dusta semata…

ibarat…

menanam tebu di bibir..

lain di mulut lain di hati…

ahhh !

usahlah hipokrit lagi tentang ini..

lambat laung semuanya kan terbongkar sendiri..

saat itu kejujuran dan keikhlasan tidak lagi membela diri....

diri itu tidak kan pernah lagi dipercayai dan dihormati..

Nilaikan lah erti sebuah perhubungan yg suci...

Bukalah mata hati..



Photobucket

~ halwa telinga ~


 

Blogger Template | Created by Adam Every